expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 23, 2021

Bunga kemboja merah, pinggan porcelin dari China dan Bucida di halaman rumah


0004 BUNGA KEMBOJA MERAH

Foto bunga kemboja merah ini baru saja dirakam di halaman rumah sendiri. Cantik kombinasi  warnanya iaitu putih, kuning dan kemerahan. Usia sebenar pokok kemboja ini sudah melebihi 5 tahun. Saya telah mengalihkan kedudukan asalnya yang berhampiran dengan rumah ke kawasan tepi pagar rumah. Gambar asalnya boleh KLIK DI SINI. Idea untuk menanam pokok kemboja merah ini saya dapat apabila melawat satu tempat di Perak. KLIK DI SINI.




0005 PINGGAN PORCELIN DARI CHINA

Tengok saja pinggan porcelin lama ini, saya teringatkan arwah ayah yang selalu menggunakan pinggan ini sewaktu hayatnya. Penuh nostalgia pinggan made in China ini. Nasib baik ia masih elok dan sempurna dalam simpanan saya. Saya pernah buat post pasal pinggan ini dalam blog ini pada tahun 2009 dahulu. Boleh KLIK DI SINI.





 0006 BUCIDA DI HALAMAN RUMAH

Foto terkini halaman rumah saya dengan pokok Bucida hijau yang semakin membesar. Seronok tengok halaman yang kemas apabila rumput baru sahaja dipotong. Kalau tidak, berserabut juga. Pokok Bucida hijau ini ditanam tahun 2014 dulu. Foto masa pokok ini kecil, boleh KLIK DI SINI. Sudah beberapa kali dahannya dipotong, KLIK DI SINI. Halaman rumah saya pada tahun 2016 dengan pokok Bucida juga boleh dilihat KLIK DI SINI.


Semoga bermanfaat. Untuk notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.