expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 26, 2021

Sesukar manapun kehidupan, ia mesti diteruskan


1. Sudah menjadi lumrah kehidupan, ada suka ada duka. Semuanya silih berganti bermula dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke akhir usia kita.

2. Andai sudah tertulis perjalanan hidup yang mudah dan tidak berliku, maka beruntunglah seseorang itu. Sebaliknya kalau perjalanan hidup yang penuh ranjau berduri, sama-samalah muhasabah diri.

3. Mudah atau sukarnya perjalanan hidup ini, kedua-duanya ujian kepada kita sebagai hambaNya. Bersyukur atau tidak dengan nikmat dan bersabar atau tidak dengan segala dugaan.

4. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Betul, kebanyakan orang hanya tengok pada luaran sahaja. Paling tidak, hanya sekadar menyatakan perasaan simpati.

5. Selainnya, kita sendirilah yang terpaksa memikul cabaran dan bebanan hidup kita sendiri. Beruntunglah jika ada yang sudi menolong meringankan beban,

6. Justeru, tidak perlu hanya berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan bantuan orang semata-mata. Selagi ada kudrat, berusahalah untuk kelangsungan hidup.

7. Sesukar manapun cabaran hidup ini, hadapilah dengan penuh ketabahan. Semoga ada sinar yang menerangi kehidupan ini, biarpun cuma di penghujung jalan.

Semoga bermanfaat. Untuk mendapatkan notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila  KLIK DI SINI. Terima kasih.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.