expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 18, 2010

Bayi kena patuk ular tedung lumpuh kekal

MOHD ASRI kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Kangar.

Mohd Asri turut mengalami kegagalan fungsi saraf
KANGAR: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang terlantar sejak lebih tiga bulan lalu selepas kepalanya dipatuk ular tedung ketika bermain di rumah neneknya di Kampung Bukit Merah, dekat Beseri, di sini disahkan mengalami lumpuh kekal.

Mohd Asri Mohd Indrasuadi, anak bongsu daripada tiga beradik bukan saja disahkan lumpuh, malah turut mengalami masalah kegagalan fungsi saraf, selepas bisa ular tedung terbabit dikatakan merebak ke otaknya.

Keadaan itu menyebabkan Mohd Asri sebelum ini koma selama 45 hari, mengalami kekejangan otot kekal, hanya mampu terbaring dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan ibunya, Noor Amali Ahmad, 27.

Noor Amali ketika ditemui, berkata anaknya itu bukan saja tidak boleh bergerak, malah dia juga tidak mampu menelan makanan dan hanya meminum susu melalui tiub yang disalurkan melalui hidung terus ke ususnya.

"Ibu mana yang tidak sedih melihatkan anak yang sihat dan baru saja boleh bertatih kini terlantar menderita. Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya ikhtiarkan untuk membantu Mohd Asri. Paling saya khuatir, dia akan terus terlantar begitu selama-lamanya, sedangkan usianya baru saja bermula,” katanya sebak.

Menceritakan kejadian malang itu, Noor Amali berkata, ketika itu Mohd Asri yang baru pandai berjalan sedang bermain seorang diri di dalam sebuah bilik di rumah neneknya, sebelum terdengar dia menangis.

Selepas diperiksa, katanya, kepala Mohd Asri didapati berdarah dan selepas tidak berhenti menangis, dia kemudian terus meminta bantuan jiran untuk membawa bayi itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

“Selepas menjalankan pemeriksaan, pihak hospital mengesahkan Mohd Asri dipatuk ular. Berikutan kejadian itu, Mohd Asri terlantar koma selama 45 hari, sebelum kembali sedar dan dibenarkan pulang ke rumah dua minggu lalu,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kedah, Mansor Jusoh, semalam.

Berita Harian:18/8/10

9 comments:

  1. kesian nya..sedey btui.. smoga keluarga adik asri ni tabah menghadapi dugaan Allah

    ReplyDelete
  2. ish..ksian budak ni..da la kna patuk kt kpala die..

    ReplyDelete
  3. kasihan tgok budak ni...
    moga berkat doa..die akan bertambah sehat..

    ReplyDelete
  4. saya hanya bisa mendoakan semoga lekas sembuh, saya yakin ada hikmah tersembunyi dibalik kejadian ini amin

    ReplyDelete
  5. salam..

    seperti dalam FB, Saya sebolehnya ingin memberikan derma sedikit kepada keluarga ini.. tapi bagaimana hendak menghubungi mereka... atau kita tubuhkan tabung untuk adik ini.. apa kata semua ?

    ReplyDelete
  6. Sedihnya..baby baru leh bejalan tiba2 jadi gitu...Apapun kita terima ujian allah.. smbil tu jgn putus berdoa utk d permudah segala urusan kita dlm apa jua bentuk..Dgr lagu Maher Zain -Insyaallah.Pasti kuat kembali semangat kita!!! amin..

    ReplyDelete
  7. kesiannye.. moga cepat sihat.. kepada keluarga, moga tabah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.