expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 21, 2010

Cikgu....ingat saya?


"cikgu.....ingat saya lagi tak?" soalan yang penuh dengan tanda tanya

"eh...mestilah ingat" menjawab dengan selambanya

"kalau ingat,siapa saya?" masih berteka-teki

"hmmm...awak ni Rushila kan!" jawapan yang penuh keyakinan.

"bestnya....cikgu masih kenal saya lagi" menjawab dengan kepuasan dan tersenyum.


************************************

Perbualan di atas tu adalah sebahagian daripada dialog yang berlaku semasa Aidilfitri yang lalu.Sebenarnya KM7 berjumpa dengan bekas pelajar yang sudah 5 tahun meninggalkan sekolah di satu majlis rumah terbuka.Pertemuan yang tak dijangkakan!

Wah..semua dah besar sekarang yer. Maksud KM7, semua dah berubahlah,tak macam budak-budak sekolah lagi..Masing-masing sudah atau sedang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan pengajian.Tahniah!

Berbalik kepada perbualan di atas,nampaknya KM7 masih lagi mengingati nama-nama beberapa orang pelajar tersebut.Apa tidaknya,mereka membesar di hadapan mata KM7..dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Apatah lagi KM7 pernah mengajar mereka semasa di tingkatan 4 dan 5.

Ok...cikgu bangga dengan kejayaan anda semua.Jadilah insan yang berguna untuk agama,keluarga,masyarakat dan negara.

5 comments:

  1. salam cikgu... cikgu.. ingat sy lagi tak? hehe.. dengan confirm dan konfidennya mesti cikgu ingat sy la... hehe.. sebab setiap kali jumpa, cikgu kenal je muka n nama sy.. huhu.. tp kita x sempat jumpa la masa kt umah cikgu khamsah tu, mungkin kami terlewat skit je kot.. rugi x sempat jumpa cikgu..

    ReplyDelete
  2. ermmm...best dapat jumpa bekas anak muridkan?

    ( baru dapat balas kunjungan,streamyx sangat sangat lembab)

    ReplyDelete
  3. lagi best cikgu ingt nama penuh sya~!..heheheh..metsi la cikgu ingt kami semua..cikgu dulu guru kelas kami yg best~!!...

    thumbs up~!

    ReplyDelete
  4. To:Izzat
    sy kenal awk,takpe x sempat jumpa hr tu,lain kali blh jumpa lg...

    To:cikgu Nurin
    erm..best juga.lagi best klu bekas ank murid masih kenal kita.

    To:faten
    u all mmg anak murid yg best...

    ReplyDelete
  5. bagus betul ingatan cikgu.. saya ni susah mengingat nama org.. muka bolehla cam


    nuffnang bagi cek?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.