expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 30, 2010

Kelantan vs Negeri 9: Pilihan Anda?


Biarpun sehari dua ini di Kelantan hujan turun membasahi bumi
namun bahang Piala Malaysia 2010 tetap terasa panasnya.
KM7 percaya kehangatannya juga turut dirasai oleh
penyokong kedua-dua pasukan.
Masing-masing tidak sabar untuk memberi sokongan padu
kepada pasukan pilihan.
Biarpun terpaksa membayar sejumlah wang untuk mendapatka tiket,
meredah perjalanan yang jauh ke Bukit Jalil,
meninggalkan kampung halaman,
tidak kurang juga ada yang mengambil cuti, 
semuanya kerana sokongan padu 
untuk memastikan pasukan pilihan menjuarai piala Malaysia edisi 2010.
*
*
*
untuk menghangatkan lagi suasana
KM7 ingin bertanyakan blogger sekalian
pasukan mana yang menjadi pilihan anda
untuk menjuarai piala Malaysia?
Kalau ada yang lebih cekap meneka
berapa gol agaknya...
*
*
*
Semoga perlawanan antara
Kelantan dan Negeri Sembilan akan berlangsung dengan lancar
tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Kepada penyokong kedua-dua pasukan
berhati-hati di jalan raya.
selamat pergi dan selamat kembali.
Majulah sukan untuk negara.


9 comments:

  1. negeri 9 menang 3-0..
    n9 bukan dalam tekanan..
    penyokong pun tak bagi tekanan pada mereka
    berbanding kelantan yang jadi pilihan ramai..
    penyokong pun berharap sanagt mereka menang..
    jadi tekanan lebih kepada kelantan..
    panjang pulak komennye..
    heheh

    ReplyDelete
  2. kelantan menang tipis
    2-1,hak3
    si paul sotong kurita pun dh mati nk ramal

    ReplyDelete
  3. yang penting penyokong tu...jaga adad, tatasusila, kebudayaan, tablig, amanah, fatonah...menang kalah adat...tapi kalau kira adat mesti nogori menang sebab diorg ade adat pepatih...huhuhu..tapi garuda sokong Johor FC...hidup Johor!!!

    ReplyDelete
  4. kelantan kot. ada hairuddin Omar

    ReplyDelete
  5. kelantan kot. ada hairuddin Omar

    ReplyDelete
  6. xminat bola..
    tp dgr2 kelanatn..hihi

    ReplyDelete
  7. haha, tekaanku tepat dan jitu
    yeah, tahniah utk kelantan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.