expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 1, 2010

Tiba-tiba.....edisi memilih pemenang

Semalam 31/10/2010 KM7 ada buat satu peraduan menyambung cerita.Biarpun tiada hadiah untuk peraduan ini,namun sambutannya cukup baik dalam kalangan blogger.Terharu pula rasanya.KM7 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang menyertai.Terima kasih juga kepada yang datang ke blog KM7 untuk membaca ceritacerita yang dikarang oleh blogger yang kreatif ini.Mereka diminta menyambung cerita berikut;

Sekembalinya aku dari dewan kuliah pada malam itu,aku dapati lampu bilik masih menyala.Hmmm belum tidur lagi rupanya teman sebilikku ini.Setelah meletakkan beg ke meja,aku menjeling ke arah katil teman sebilikku itu.eh...ke mana pula dia ni?tak ada pun di atas katil.Biasanya kalau dia keluar,mesti dipadamkan semua lampu bilik terlebih dahulu.Hmmm tak apalah,lupalah tu.Sedang aku bersiap-siap untuk mandi,tiba-tiba..........................
Dan....berikut adalah hasilnya...Jom baca,kemudian dipersilakan memilih 3 terbaik.Anda juga dijemput untuk menjadi juri,namun keputusan muktamad akan dibuat oleh KM7 pada jam 5.30 petang 1/11/2010. 

 CERITA 1 
si biskut said...
...pintu bilik terbuka sendiri.Aku perhatikan dengan penuh debaran sehingga pintu itu tertutup dan yang menhairankan aku tidak ada kelibat seseorang di situ.Mahu mengatakan angin yang membukanya angin rasanya tidak ada..
Lagi mengejutkan aku dan meyeramkan aku bila kedengaran bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri aku.Uh,betapa hatiku berdebar-debar..peluh mula keluar.Aku mula tak betah bila sekali lagi aku macam kena serangan jantung selepas bahu ku dipaut dan...dan ada suara yang amat kukenali sangat-sangat...Suara teman sebilikku...
Jelas dia bersuara dan memberitahuku dengan nada yang agak cemas...
"Man,ini aku Saiful.Kau kena percaya aku telah menjadi Hollowman..".
October 31, 2010 4:41 PM

CERITA 2
izfanora said...... aku merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan aku. Dalam hati berkata-kata,'nak tengok belakang cam seram pula'.Aku buat tak tahu. Beristighfar panjang dalam hati, sambil memikirkan benda lain. Kenapalah budak nie keluar tak ajak aku. Merungut aku dalam hati.
Aku menuju ke tempat aku menyimpan barang-barang mandianku. Mataku asyik menjeling ke belakang sambil berjalan.Tanganku mencapai barang mandianku. Sebelum sempat aku mencapai, tanganku dicapai seseorang.'Ya Allah.. Apa kau buat kat sini Reen? Kau buat aku takut saja'.'Kau yang buat aku takut. Masuk tak bagi salam. Tiba-tiba ada kat meja tu. Aku baru nak ambil berus gigi, nak cuci muka sebelum tidur'.

>>saya join.. macam tahu-tahu saja saya suka mengarang..<<
October 31, 2010 4:58 PM

CERITA 3
Siti said...Tiba-tiba aku disergah dari belakang. "Opocot mak kau!" Aku melatah. Rupa-rupanya teman sebilikku itu yang cuba mengusikku. "Isy,apalah kau ni. Nasib baik aku tak mati terkena serangan sakit jantung tahu? Kalau tak... " . " Kalau tak, esok keluar berita muka depan surat khabar yang bertajuk seorang siswi meninggal dunia gara-gara kawannya. Itu ke kau nak cakap? Aku sudah tahu ayat kau. " Balas temanku tadi sambil ketawa berdekah-dekah.
"Hah, kau ni dari mana? Tiba-tiba je muncul macam hantu," tanyaku pula. "Aku dari bilik sebelah, bosan tinggal dalam bilik seorang diri tunggu kau pulang." Balasnya. "Sudahlah, aku mahu mandi dulu ni. Nanti kita berbual lagi." Belum sempat dia menjawap apa-apa, aku sudah sampai di depan kamar mandi. Dari jauh aku terdengar sayup-sayup suaranya memanggil aku. Hatiku mendengus sambil menggelengkan kepala, "Takut tinggal seorang dalam bilik lah tu."
Tiba-tiba......
Kedebukk! Bunyi sesuatu terjatuh. "Aduh, sakitnya." Aku mengerang kesakitan sambil membersihkan pakaianku. Lalu muncul teman bilikku tadi sambil berkata, "Itulah kau, aku tak sempat nak cakap tadi. Paip dalam bilik air ini bocor. Jadi, aku nak pesan kat kau supaya berhati-hati sebab lantai licin. Tapi kau sudah pergi dulu. Marilah sini aku bantu kau bangun."
Maka, terpaksalah aku mendengar bebelan temanku itu sampai aku tertidur. Keesokkan harinya, semua kawan-kawanku tahu mengenai kejadian aku terjatuh malam tadi. Dan kejadian itu telah menjadi bahan ketawa mereka.
p/s: Saya join jugak ni. ;)
October 31, 2010 5:13 PM

CERITA 4
Scarlett O'Hara said......aku terhidu bau harum bunga melur.Bulu romaku berdiri.Ramai memberitahuku bahawa bilik yang ku huni ini berhantu.Ku toleh ke kanan dan ku lihat, sesuatu sedang berdiri di hadapan almari.Meskipun lampu terpasang, aku tak dapat melihatnya dengan jelas kerana terlindung dek pintu almari yang separuh terbuka.Hanya rambut panjang berayun-ayun dengan bau melur yang makin menusuk hidung.Perlahan-lahan ku hampiri almari itu dan ku buka luas pintunya. "Ya Allah!" aku terjelepuk kaku.
"Kenapa kau ni?Macam nampak hantu je?"
"MasyaAllah!Mati hidup balik aku ingat hantu.Kenapa kau lepas rambut kau yang panjang macam pontianak tu?... dan yang wangi semacam tu dari mana datangnya?"soalku bertalu-talu
"Laaa... aku tengah lumur minyak rambut yang nenek aku buat nilah.Bau wangi tu bau minyak rambut akulah....."
Aku tak terkata apa kerana malu menyangka kawanku pontianak....
Sementara itu kawanku ketawa tak henti-henti.
October 31, 2010 5:36 PM

CERITA 5
  krole said...
tiba-tiba aku teringat akan peristiwa petang tadi,aku terlihat rakan sebilikku balik dalam keadaan kelam-kabut dan melalui air mukanya aku rasa mesti ada sesuatu yang tidak kena terjadi kepadanya.risau juga aku dibuatnya namun aku cuba memujuk hati ini agar tidak berfikir perkara yang bukan-bukan terhadapnya.Aku pun masuk ke bilik air namun sebelum aku sempat menutup pintu lampu bilik aku terpadam sendiri,terus lain fikiranku,mulalah dalam fikiran ini teringat akan cerita-cerita hantu yang selalu diceritakan oleh rakan sebilikku yang mengatakan dia sering ternampak lembaga wanita berlegar-legar ditengah-tengah bilik kami,dengan hati yang takut aku keluar dari bilik air dan cuba mencari suis untuk menghidupkan semula lampu dibilik kami,saat aku hendak menghidupkan semula lampu tersebut terdengar sedikit gelak tawa yang amat perlahan bunyinya,seram juga aku waktu itu.Apabila lampu menyala semula wuahhhh terkejut beruk aku,rupa-rupanya rakan sebilikku merancang parti kejutan untuk aku "HAPPY BIRTHDAY",tapi tiba-tiba semua diam,aku kehairanan sekejap dan aku pelik kenapa semua rakan-rakanku menutup mata...rupa-rupanya sewaktu aku keluar dari bilik air tadi aku lupa memakai tuala semula,aku pun menutup bahagian bawahku yang langsung tidak tertutup dengan seurat benang pun dan berlari kebilik air sambil menjerit...argggghhhhhhh~!!!

p/s : hehehehe
October 31, 2010 9:11 PM

CERITA 6
penaberkala said...nak try join tuan blog

KISAHKU DAN ROOMATE
Oleh : Penaberkala
.....tiba-tiba datang seorang kawan sekuliahku dengan terburu-buru. Tampaknya, dia seolah-olah dalam keadaan yang panik. “Amir, kenapa dengan kau ni. Aku tengok kalut semacam je nih? Dari mana kau datang?” Sapa aku pantas untuk mendapatkan kesahihan.
Dalam keadaan yang termengah-mengah, Amir bersuara.
“Roomate kau! Roomate kau! ……”
Tercungap-cungap Amir hendak menghabiskan ayat.

“Kenapa dengan roommate aku? Apa terjadi pada Muzek?” Pertanyaan aku keras memaksa Amir untuk menajwab kebuntuanku.“Ada yang berlaku pada housemate kau. Baik kau siap cepat. Nanti aku bawa kau ke sana. Nanti aku ceritakan segalanya pada kau nanti sebaik saja kita sampai di sana” Jelas Amir dengan tergopoh-gapah.
Lantas, aku persiapkan diri.
Terpaksa pakai balik persalinan aku tadi. Herm, tak mandi la aku jawabnya. Tak apalah, kecemasan punya pasal. Mandi bila-bila masa pun boleh, tapi kawan aku? Aku kena bersiap dengan kadar yang segera.
Sepantas lipas kudung, aku menyarungkan seluar dan bajuku, lantas kami bergegas turun dari tingkat 3 Village V4B. Amir membawa aku menaiki keretanya ke satu destinasi yang tidak aku ketahui. Ke mana arah tujunya? Aku bingung memikirkannya.

“Weh mir, ko nak bawa aku ke mana ni? Muzek kat mana? Apa sebenrnya terjadi pada dia? Ko nih, buat aku cuak je. Kamon la weh. Bagitau la aku sepatah. Story la sikit. Jangan nak seksa jiwa raga aku macam ni” Berleter panjang aku kepadanya sementara kereta yang dipandu Amir semakin memecut laju.
Kereta diberhentikan di depan tasik kampus kami yang berdekatan dengan Masjid An-Nur. Kelihatan ramai kelibat member-member yang aku kenali di situ. Aku semakin bingung, apa yang sebenarnya terjadi. Mereka seolah-olah mengelilingi sesuatu membentuk bulatan. Tak syak lagi, mesti mereka sedang mengelilingi Muzek.

“Tuh, Muzek di sana. Pergilah tengok apa terjadi padanya.” Arah Amir kepada aku.
Dengan keadaan yang agak kusut, aku terus berkejaran ke tempat mereka. Ternyata Muzek sedang terbaring. Dalam hati aku syak Muzek dipukul.Bila aku mendekati mereka, aku dikepung.
“Weh, apa nih?” gertak aku dengan cuak.

Pong –peng pong-peng bunyi telur pecah. Tepung dibaling ke arah aku tanpa belas kasihan. Baju aku yang hitam kini menjadi serba putih. Lekitan telur di badan sedikit merimaskan aku. Mereka bersorak dan berteriakan mengenakan aku.
“Happy birthday weh!” Ucapan yang mereka ucapkan pada aku. Owh, terkesima dan terharu. Sedikit geram sebab ditepung tawar dan disaluti telur seolah-olah mahu menggoreng aku menajdi telur dadar,hak3. Tapi, aku masih tersenyum. Nyata, merekalah kawan yang menghargai aku, mengingati tarikh lahir aku.

Malam berakhir dengan makan-makan dan minum-minum sambil dihiburkan dengna nyanyian dan petikan gitar yang mengasyikkan. Oh, baru ku tahu, beginilah rupanya PRANK BIRTHDAY yang dihebah-hebahkan selama ini. Herm, nasib aku tahun ni sebab terkena kat aku sendiri. Apapun, ia satu memori yang amat menarik untuk dikenang kembali. Terima kasih kawan-kawan

p/s : sory, terpanjang sedikit. terleka bila mengarang,haha.

CERITA 7
rozect said...tiba2...
ada bau yang cukup mengujakan deria pernafasan..dan aku terus menghidu. Uhhh.. wangi tul bau itu. Tp bunyi yang keriak keruk dari dalam almari kawanku terus menghentikan keterujaanku. Bunyi apakah itu??
Semakin menghampiri almari yang tertutup itu, aku mendengar tangisan yang sayup2 sahaja.. ishhh apakah itu? So, aku pun ketuk pintu almari..
"assalamualaikum.. i dah balik ni, knp dok kat dalam..kuarlah!"
then keluarlah sesusuk tubuh dengan mata yang merah berair dan rambut yang kusut! Oh kawanku rupanya..sedang menangis dalam almari sambil makan mamee.."renyuk, goncang, makan" yang best sgt tu..apalagi.. pastu kitaorang share story dan share mamee monster!
October 31, 2010 10:42 PM

CERITA 8
haszuraidah ishak said...lampu terpadam. Suasana menjadi gelap gelita. Teraba-raba aku menuju ke meja studi untuk mencari lampu suluh.. Malangnya, tidak kujumpa..Tiba-tiba ada tangan, memegang kakiku dari bawah meja..Aku terkaku, tidak mampu untuk bergerak. Kali ni dua2 kakiku dipegang dengan kemas, makin lama makin kuat.

Aku cuba bergerak, namun tidak berdaya. Tangan itu semakin mengganas, cuba menggoyangkan kakiku yang sudahpun lemah longlai. Aku cuba menjerit, namun tiada patah perkataan pon yang keluar dari peti suaraku. Aku cuba membaca ayat2 pelindung diri, tapi aku blank, otakku terasa kosong.

Tiba-tiba, ada satu suara yang kukenali.. Memanggil-manggil diriku.. Oooiiii..bangunla..dah subuh ni.. Bangun solat!!Aku tersedar dari mimpi. Chess, rupanya itu mainan tidur belaka.. p/s : saya join yer..hehehe
October 31, 2010 11:50 PM

HABIS CERITA
Ok...Cerita mana yang  menarik perhatian anda? sila pilih 3 cerita dan nyatakan dalam ruangan komen....Terima Kasih. 
 

7 comments:

  1. waaa...siap ade JURI AWAM! Juri dpt award tak? vote:-
    # 6=long & nice
    # 8=ade moral value
    # 5= ok la tuu!

    ReplyDelete
  2. jawapan krole nak lucah je! ahahah

    si biskut pon oke lah.:P

    ReplyDelete
  3. p/s : niat krole hanya melawak ngeee~

    ReplyDelete
  4. no.6..

    saya kunci lirik ini..
    hehheh

    ReplyDelete
  5. owh, ada undian rupanya
    pergh, mantap lah organizer,hak3

    btw, terima kasih kepada juri awam yg sudi vode cerita 6
    salam kenal buat semua

    ReplyDelete
  6. heh, ade juri awam rupenye.. hehe, thanks cacing sbb undi cerita siti.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.