expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 2, 2010

Malas nak berkata-kata

Assalamualaikum.Salam ceria.

Kalau disebut pasal berkata-kata atau bercakap memang semua orang tahu.Persoalan yang ingin KM7 kongsikan kali ini ialah adakah kita selalunya bersedia atau ingin berkata-kata.?

Kadangkala timbul juga perasaan malas untuk bercakap.Biarpun perkara itu penting atau ada kena mengena dengan kita.Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu untuk bercakap atau berkata-kata.

Antaranya ialah persediaan dari segi mental.Pernah tak kita rasa tak bersedia untuk bercakap tentang sesuatu perkara....tetapi orang lain telah memulakannya.Maka nak atau tak nak kita seumpama dipaksa untuk berbual tentang topik tersebut.Kalau tak layan nanti kecil hati pula orang tu.

Topik yang dibualkan itu tidak menarik perhatian kita.Contohnya kalau orang kampung bercerita pasal lembu peliharaan mereka..kita pula tak berminat tentang hal itu,..maka tentunya kita rasa malas untuk berkata-kata.Begitu juga sebaliknya kalau kita bercerita pasal blog kepada warga emas...

Tak puas hati tentang sesuatu perkara.Ada yang suka mengambil sikap mendiamkan diri sahaja kerana bimbang perkara tersebut akan merosakkan hubungan kedua-dua pihak jika diperbesar-besarkan.Langkah yang mudah...mendiamkan diri buat seketika.

Kita hidup bermasyarakat,jadi sikap malas berkata-kata atau berbual-bual antara satu sama lain ini jika berterusan akan menyebabkan kita dipinggirkan.Jangan mementingkan diri sendiri.Hargailah tutur bicara orang lain terhadap anda dengan membalas perbualan mereka biarpun pada saat itu kita memang malas untuk berkata-kata.

7 comments:

  1. kalau berdepan dengan orang yang saya tak suka
    memang selalu la saya ni malas berkata2..
    hehehh

    ReplyDelete
  2. diana,
    kalau berdepan dgn org yg anda suka...mesti byk pula kata2 anda...hehe

    ReplyDelete
  3. ya..masa2 itu memang ada..malaaaas sgt nak berkata2...

    ReplyDelete
  4. adakalanya juga..malas nak menaip..huhuhu
    camno niii??????

    ReplyDelete
  5. kalau malas nak menaip alamatnya tak siap ler entry baru.huhu..

    ReplyDelete
  6. hehehe..saya pulak, kalu 1st jumpa ke, or baru kenal, mesti tak bnyk kata-kata..tapi bila dah mesra..haaa..layan!!!agagaga..

    ReplyDelete
  7. jika ada yang menegur atau menyapa atau apa sahaja, lebih beradab kita membalas sapaan mereka. Layan seketika dan jika anda tidak berminat atau boring tentang isu yang diperkatakan eloklah menggunakan kreativiti sendiri supaya orang itu tidak tersentuh hatinya. Katakan padanya anda perlu beredar untuk ke tandas atau sebagainya.Tapi lebih manis dan sopan jika anda menyatakan kebenaran...ingat gunakan kreativiti yang wajar atau munasabah.....tq.....hilmispp75

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.