expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 6, 2010

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

(foto:Google)

Assalamualaikum dan salam ceria.

Baca tajuk pun dah tahu isi ceritanya kan!Tak apalah,KM7 nak cerita juga pasal buluh dan rebungnya.Kepada puan-puan jangan salah faham...ini bukan rancangan resepi,masak-memasak mahupun dekorasi taman.

Cerita kita kali ini berkaitan dengan peribahasa Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bagi pelajar sekolah,peribahasa ini sudah biasa digunakan.Apa maksudnya?Secara mudah maksudnya kalau kita ingin membentuk seseorang individu itu,eloklah dimulakan sejak kecil lagi.

Kenapa masa kecil mudah dibentuk?haa..tengok sajalah anak-anak atau adik-adik kita yang kecil tu.Senang saja mereka meniru gaya,lagak atau apa saja yang mereka tonton.Nak bagi nasihat dan pengajaran pun senang diterima masa mereka kecil.Apabila dah besar....hmm penat ibu-ibu berleter belum tentu masuk ke telinga.

Jadi eloklah kita membentuk keperibadian anak-anak sejak kecil lagi dengan perkara-perkara yang positif.Berilah mereka peluang untuk meneroka alam ini tanpa terlalu banyak sekatan dan tegahan.Cuma yang penting,tunjuk ajar dan pengawasan daripada orang dewasa diperlukan.

KM7 percaya anda pun ada banyak pengalaman mendidik anak-anak.Jadi eloklah kita berkongsi untuk kebaikan bersama.


5 comments:

  1. dari kecik lagi kita dah kena ajar budak2 ni..kalau tak nanti besar jadi kurang ajar..

    ReplyDelete
  2. Macam mana plak kalo yang melentur tu bukan ibu bapa, tapi pengasuh kat taska???

    fuh..masak lemak rebung ngan daging salai..sedapnyer !!!

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni banyak sangat pesaing untuk melentur rebung tu. Mungkin lenturan ibu-bapa tah cukup untuk menlenturkan rebung itu, yang lebih cenderung ke arah lain.... Maklumlah persekitaran juga memainkan peranan...

    huh..tak suka makan rebung.

    ReplyDelete
  4. mama cacing selalu ajar cacing tuk selalu independent.... n cara tu dah bnyk jadikan cacing someone yang berguna... mekasih MAMA!!

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas komen yg diberikan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.