Thursday, December 9, 2010

'SALE' sana sini....tak terpedaya ker?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Seperti kebiasaan,setiap hujung tahun
ada banyak pesta jualan murah atau sale.
Bermula 5 peratus hinggalah 80 peratus.
Masing-masing belumba untuk menarik pelanggan.

Betul ker jualan murah ini betul-betul murah?
atau sekadar untuk menarik pelanggan.
Pastinya sebagai pengguna kita turut teruja
apabila ditawarkan potongan 50 hingga 80 peratus.
Kadang kala barang yang tak perlu pun
turut dibeli dek kerana harganya murah.

Orang kita memang suka dengan segala pesta.
Sebab itulah pesta jualan murah pun menjadi tarikan.
Sebagai pengguna eloklah beringat-ingat,
Berbelanjalah mengikut kemampuan dan untuk keperluan
agar setiap ringgit yang dibelanjakan itu
membawa pulangan yang baik kepada kita.

2 comments:

diana said...

sale atau tak,
tak bagi kesan pun pada saya..
sebab saya beli bila perlu je..
kalau ada sale tapi tak rasa nak shoping
tak peduli pun..

eiela said...

saya suka shopping, tapi sejak kesihatan tak berapa ok, kurang dah. time sale memang murah tapi kena hati-hati jugak sebab kadang-kadang ade sale yg harganya lagi mahal and kualiti agak tak memuaskan.

Latest Entri :
1)Cerita Pura-Pura
2)Kena Denda Gara-Gara Bergaduh Depan IPD