Tuesday, January 25, 2011

Soal Hati


Bicara soal hati
memang tiada penghujungnya.
dari kecil hati hinggalah besar hati.
dari ambil hati hinggalah curi hati.

Tak kurang juga halnya
yang sanggup makan hati
dek kerana tak puas hati.

Percayalah
ikutkan rasa binasa,
ikutkan hati mati.
elakkan diri daripada
iri hati
kerana pasti akan membawa benci.

marilah bersama
bersatu hati
ke arah kehidupan
yang lebih bermakna.

(c) KM7


3 comments:

penaberkala said...

terbaiklah poem ni KM7
nice one
tengah makan hati gak ni
jom bincang pasal teh dan air panas kat blog
ada stuju tak?

misza said...

nak jadi orang yang baik hati.

galak sakan said...

Pandangan hati adalah pandangan hakiki klu hati itu bersih.