Tuesday, March 8, 2011

Hobi mengumpul Poskad

(foto hiasan:Google)

Pernah menerima poskad?
mesti ada kan...
terutamanya dalam tahun-tahun 70an,80an,dan 90an.
Akhir-akhir ini aktiviti mengirim poskad
tidak serancak dulu.
Mungkin perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
telah merencatkan aktiviti tersebut.

KM7 sendiri ada beberapa keping
koleksi poskad
termasuklah yang dibeli sendiri.
Hajat di hati ingin menjadikan
aktiviti mengumpul poskad ini sebagai satu hobi.
masalahnya,sekarang ni ada lagi ker
poskad-poskad yang dijual di pasaran?
Kalau ada sesiapa yang ada
hobi yang sama bolehlah berkongsi yer.
atau kalau ada sesiapa yang nak 
dermakan poskad-poskad lama
kepada KM7 ...sumbangan anda amat dihargai.

KM7 rasa banyak kebaikan mengumpul poskad ni.
Terutamanya kita dapat mengenali
sesuatu adat dan kebudayaan
sesuatu tempat atau masyarakat itu melalui gambar.
Lagi menarik kalau poskad itu
dihantar secara pos.

Dalam kesempatan akan datang,
KM7 akan cuba masukkan ke dalam
entry blog ini beberapa keping
poskad yang ada dalam simpanan KM7.
Harap adalah sesiapa yang mempunyai hobi yang sama,
Dapatlah bertukar-tukar info tentang poskad ni.
Anda bagaimana?

3 comments:

Ummi Humaira said...

assalamualaikum KM7..

dulu2 ada ler kumpul poskad tp sekarang abis disepah dek anak2 ...

Eja Razif said...

kat rumah bnyk poskad tp xguna pon...

Hansyirah Takezur said...

saya kumpul poskad komik je... hehehe :D