Tuesday, March 8, 2011

Papan tanda:Hebat sangatkah bahasa Inggeris?

Kita dah biasa dengan
papan tanda atau sign board ni kan.
Sama ada di tepi jalan mahupun di premis perniagaan.
Fungsinya tetap sama
untuk memperkenalkan barangan
atau perkhidmatan yang disediakan.

Kebanyakan papan tanda di negara kita
masih lagi menggunakan bahasa Inggeris.
Adakah orang-orang kita lebih selesa
dan lebih faham bahasa Inggeris
berbanding bahasa Melayu?

Atau papan tanda tersebut
untuk kemudahan pelancong asing?
Berapa kerat sangatlah pelancong asing
yang singgah di kedai-kedai  kecil ini
sehingga pekedai terpaksa 
menggunakan bahasa Inggeris untuk
menamakan kedai mereka.

KM7 rasa mereka yang memilih
nama-nama kedai atau perkhidmatan
menggunakan bahasa Inggeris ini
tidak lain dan tidak bukan
semata-mata kerana merasakan
penggunaan nama dalam bahasa Inggeris itu
lebih grand,moden atau terkini.
Kalau pilih nama melayu
nampak macam kolot atau kekampungan pula!

Kalau macam itulah situasinya,
nampak sangat kita tidak ada jati diri
atau imej sebagai warga Malaysia yang merdeka.
Ingatlah...bahasa jiwa bangsa.

1 comment:

Hansyitake~ said...

baik qlate dop ckgu.. jawi.. inggeris pon ditukar kpd jawi.. jawi kn melambangkan melayu.. hehe.. :)