expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 7, 2011

Video games vs Congkak

 Budak-budak sekarang ni
memang suka main video games.
Bukan saja di rumah
malah di CC pun mereka
menghabiskan masa dan wang
untuk permainan alaf baru ni.

KM7 pernah terserempak
dengan budak-budak belasan tahun ni
di beberapa buah CC.
Mereka begitu leka dengan games secara online ini.
Apa tidaknya,
dapat berlawan dengan mereka yang lain
secara maya saja.

Kalau tanya pelajar sekolah hari,
macam-macam nama games yang ada internet.
Itulah permainan generasi muda kita.
Berbeza dengan generasi kita dulu,
permainan banyak berkisar
tentang alam sekitar.
contohnya main guli,lastik burung,congkak,
dan banyak lagi..
(KM7 sendiri pun dah lupa nama-nama permainan dulu-dulu)

 Congkak dulu dimainkan
atas tanah saja.
KM7 masih ingat,sebelum main congkak ni,
pemainnya kena buat lubang-lubang congkak
dengan cara menggali lubang-lubang kecil di atas tanah.
Kemudian diisi dengan biji-biji getah ataupun batu-batu kecil.
Sekarang terdapat banyak congkak
moden dari pelbagai jenis,bentuk dan warna.

Soalnya,ada lagi ker yang berminat 
dengan permainan congkak ini
jika dibandingkan dengan video games
atau games secara online ini?

5 comments:

  1. ralat sungguh ase ble maem congkak..sebb lme dah xmaen..hehe

    ReplyDelete
  2. rasa mesti ramai anak muda dah tak reti main congkak ni~
    asik on9 & video game jer...
    samapai permainan tradisional pun dah di terapkan oleh ibu bapa~

    ReplyDelete
  3. congkak ada je kat rumah sy n main la jugak kadang2.. kalo main mmg leka..hehe :)

    ReplyDelete
  4. Ada cikgu...saya suka maen congkak tapi congkak xde kat umah nih..huhuhu kalu cikgu nak maen congkak, ajaklah sya ok..hehehe :D

    ReplyDelete
  5. sy suka ajar budak2 main congkak. sy pun minat jg main congkak. dulu masa kat sekolah lama kami siap buat pertandingan lagi. congkak, dam, puzzle, batu seremban...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.