expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 28, 2011

Kenapa orang bela binatang peliharaan?

Ada binatang peliharaan?Kalau dulu binatang peliharaan macam lembu,kerbau, kambing diternak untuk dijual atau urusan kerja di sawah dan sebagainya.Kini haiwan peliharaan seperti arnab,burung dan kucing dibela untuk dibelai-belai dimanja-manja.Bertuahlah kau binatang!hehee..Terkini terdapat macam-macam lagi spesis binatang peliharaan yang eksotik menjadi pilihan penggemar.Citarasa manusia semakin pelik.Sebelum berbicara lebih lanjut,mari kita lihat beberapa jenis binatang peliharaan yang diambil gambarnya dari google.

Arnab...bulu dan telinga yang cantik
Burung....selain bulu yang berwarna-warni,kicauannya juga memikat
Kucing...sangat popular kerana manja dan cantik
Ada orang sanggup berhabisan wang untuk membeli dan penjagaan binatang peliharaan ini.Persoalannya kenapa orang suka membela binatang peliharaan ini?

1.Banyak Duit.Betul tak?Orang yang berduit saja mampu memiliki haiwan peliharaan yang mahal-mahal ni.Ada sesetengah haiwan ni dibeli dengan ribuan ringgit.Itu tidak termasuk kos penjagaan dan perubatannya lagi.Jangan tak tahu ....siap beli insuran lagi untuk binatang kesayangan mereka.

2.Untuk meluahkan kasih-sayang.Biasanya mereka yang tidak ada tempat untuk mengadu dan meluahkan kasih-sayang ni suka membela binatang kesayangan.Contohnya kucing dan anjing.Setiap kali pulang dari tempat kerja,pasti binatang ni diusap-usap.Hujung minggu pula,dibawa bersiar-siar.

3.Berjiwa penyayang.Bagus betul individu penyayang ni.sanggup membela binatang yang ada kalanya dipungut di tepi-tepi jalan.Dibawa pulang dan dijaga sebaik mungkin.

Itulah sajalah pendapat KM7.Mungkin anda rasa ada sebab-sebab lain...silalah berkongsi..Sekian terima kasih.

6 comments:

  1. sy suka bela kucing. sy rasa tenang bila tengok kucing sebab comel sangat... :)

    ReplyDelete
  2. haiwan pun part of human life,sifat prihatin dan kasih kan makhluk-makhluk lain sememangnya ada dalam jiwa manusia.cuma cara mereka mengekspresikannya berbeza,dengan haiwan salah satu cara luahan rasa itu disampaikan.

    ReplyDelete
  3. salam,
    adik awe paling suka bela binatang..kucing dan hamster..awe biasa jerk..sebab binatang peliharaan ni boleh bantu hilangkan stress dan mereka mendoakan kesejahteraan tuannya :)

    ReplyDelete
  4. suka kucing!!! kucing pun manja dengan saya :) tapi skrg kucing terpaksa duk luar sebab saya alergik dengan hama kucing habis gatal2.kesian kucing2 saya.

    ReplyDelete
  5. suka kucing!!! kucing pun manja dengan saya :) tapi skrg kucing terpaksa duk luar sebab saya alergik dengan hama kucing habis gatal2.kesian kucing2 saya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.