Tuesday, June 21, 2011

Dunia semakin bercelaru...di manakah kita?

Semakin hari semakin banyak kes jenayah berlaku.Bukan saja di luar negara...di negara kita sendiri pun jenayah seperti memeras ugut,rogol,malahan membunuh sudah menjadi  perkara biasa.Ahhh...dunia kini sudah tidak selamat.Begitu banyak orang jahat sekarang ni yer....

Institusi keluarga sekarang pun tidak banyak membantu mengekang jenayah-jenayah ini daripada berlaku.Tengok sajalah contoh-contoh seperti sumbang mahram, dan yang terbaru seorang bapa yang bersekedudukan dengan anak perempuan sendiri sehingga mendapat 3 orang cahayamata.Jadi macamanalah kita nak membentuk generasi akan datang kalau ketua keluarga sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik.

Satu lagi perkara yang membimbangkan....pasal kahwin sejenis yang semakin mendapat tempat...Menurut laporan Berita  Harian 21/6/2011;

PADA 17 Jun lalu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Majlis Hak Asasi (UNHRC) meluluskan resolusi mengiktiraf hak asasi lesbian, gay, bisexual, transsexual (LGBT). Resolusi ini mengiktiraf hak berkaitan orientasi seksual dan kesamarataan jantina dan gender. Ia seterusnya mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Wah...dunia semakin kelam-kabut....Banyak betul kecelaruan warga dunia sekarang ni.Kalau di Pahang pula...menurut akhbar hari ini ...jumlah lelaki melebihi perempuan.Awas....jangan sampai ada yang memilih sesama jantina sebagai pasangan hidup.

Apapun...eloklah kita berbalik kepada agama.....kerana semua agama mengajak umatnya ke arah kebaikan.

2 comments:

PenDekAr LauT said...

Dunia akhir zaman.. Semoga dijauhkan dr melihat perbuatan mungkar.. Tidak masuk akal. mAna mungkin perkahwinan sama jantina.. Kerja gila dan perlu di cegah dr masa ke semasa....

Khairil said...

betul tu..sepatutnya kita kembali kepada agama dan mengenal ALLAH..awaludin ma'rifatullah...


p/s: jom kita exchange link bloglist...