Sunday, June 12, 2011

Sayangkan anak,tangan-tangankan,Sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan,Sayangkan baju.....?

T Shirt Sarawak yang penuh kenangan

Sayangkan baju....nak buat apa yer?pakai?simpan?beri kepada orang?.Macam-macamlah boleh buat kan.KM7 nak cerita satu baju kesukaan KM7 ni...gambar kat atas tu....T-Shirt ni dah lama beli masa kat Sarawak dulu.Rasanya dah lebih 10 tahun kot dalam simpanan.
Sebab sayanglah T-Shirt tu masih dalam simpanan.Sekarang ni baju tu dah masuk kotak.hehehe.....Tunggulah beberapa tahun nanti akan dikeluarkan semula.Sebelum masuk kotak...ambil gambar dulu yer.Kasi zoom sikit...


Gunung Mulu National Park:Belum sampai lagi ke sini...

Melalui T-Shirt juga kita dapat mengenali sesuatu destinasi dalam mahupun luar negara.Bertuahlah sesiapa yang selalu ke luar negara tu,dapat beli T-Shirt cantik-cantik kat sana.Kalau KM7...beli T-Shirt tak semestinya mahal....janji berkenan dengan warna atau gambar-gambar lukisan kat baju tu.


Bahagian atas belakang baju.KM7 suka logo hornbill tu

Oklah....itu saja pasal baju kesayangan KM7.Ada beberapa helai lagi T-Shirt yang turut sama masuk kotak...nanti KM7 cerita dalam entri lain.Terima kasih kerana membaca entri ini.

5 comments:

Mrs.Yie said...

walaupun baju tu suasana dalam gua tapi nampak macam berhantu je.. :)

cikgu isza said...

ingat kes baju kelmarin... :D

zmah said...

Gantung didinding....

zmah said...

Gantung didinding....

Cendana Kasih said...

sayangkan baju- disedekah-sedekahkan... (hehehe...baju lama2 laa...sedekahkan pada orang yang tidak berkemampuan)... ini cara saya, nk pakai terasa macam dh old fesyen, nk buang/bakar- sayang, mahal...so baik la hantar kat recycle box.