expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 12, 2011

Sayangkan anak,tangan-tangankan,Sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan,Sayangkan baju.....?

T Shirt Sarawak yang penuh kenangan

Sayangkan baju....nak buat apa yer?pakai?simpan?beri kepada orang?.Macam-macamlah boleh buat kan.KM7 nak cerita satu baju kesukaan KM7 ni...gambar kat atas tu....T-Shirt ni dah lama beli masa kat Sarawak dulu.Rasanya dah lebih 10 tahun kot dalam simpanan.
Sebab sayanglah T-Shirt tu masih dalam simpanan.Sekarang ni baju tu dah masuk kotak.hehehe.....Tunggulah beberapa tahun nanti akan dikeluarkan semula.Sebelum masuk kotak...ambil gambar dulu yer.Kasi zoom sikit...


Gunung Mulu National Park:Belum sampai lagi ke sini...

Melalui T-Shirt juga kita dapat mengenali sesuatu destinasi dalam mahupun luar negara.Bertuahlah sesiapa yang selalu ke luar negara tu,dapat beli T-Shirt cantik-cantik kat sana.Kalau KM7...beli T-Shirt tak semestinya mahal....janji berkenan dengan warna atau gambar-gambar lukisan kat baju tu.


Bahagian atas belakang baju.KM7 suka logo hornbill tu

Oklah....itu saja pasal baju kesayangan KM7.Ada beberapa helai lagi T-Shirt yang turut sama masuk kotak...nanti KM7 cerita dalam entri lain.Terima kasih kerana membaca entri ini.

5 comments:

  1. walaupun baju tu suasana dalam gua tapi nampak macam berhantu je.. :)

    ReplyDelete
  2. ingat kes baju kelmarin... :D

    ReplyDelete
  3. sayangkan baju- disedekah-sedekahkan... (hehehe...baju lama2 laa...sedekahkan pada orang yang tidak berkemampuan)... ini cara saya, nk pakai terasa macam dh old fesyen, nk buang/bakar- sayang, mahal...so baik la hantar kat recycle box.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.