expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 15, 2011

Nama baby baru KM7 ialah...

 Hari ini genaplah 7 hari baby lelaki KM7 dilahirkan.
Satu majlis bercukur telah diadakan di kampung KM7.
Disebabkan hari bekerja maka majlis ni dibuat secara kecil-kecilan saja
dengan jumlah tetamu sekitar 30 orang.

 Majlis bermula jam 7.30 pagi
disempurnakan oleh Tuan Imam

 Rambut bayi dicukur oleh 7 orang jemputan.
Oh ya...nama saja bercukur,tapi sebenarnya rambut tu dipotong sikit jer.
Mungkin sehari dua lagi barulah rambut bayi tu dicukur sepenuhnya.

 Rehat sekejap...menangis pula bayi ni.
Datuknya sedang memberikannya susu.

 Haa...kan dah selesai.Mari sama-sama berdoa pula.
Kemudian diadakan sedikit jamuan nasi untuk tetamu.
Tak sempat pula KM7 nak ambil gambar masa ni.
Maklum saja...sibuk dengan pelbagai hal.
Hari ni juga tali pusat bayi dah tanggal.

Dan....nama yang diberi ialah
Muhammad Iqbal Sadiq
Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna

11 comments:

  1. sedak namo tue cikgu...Amin...

    ReplyDelete
  2. nama yag sgt indah..
    moga akan menjadi anak yang soleh.. amin

    ReplyDelete
  3. tahniah dapat baby boy...
    semoga menjadi anak yg soleh dan sentiasa menbahagiakan ayah n bonda...

    ReplyDelete
  4. Amin..
    semoga jadi anak yang soleh, berguna dan berbakti utk ibu bapa, bangsa, negara dan agama... :)

    ReplyDelete
  5. tahniah KM7 :) sedap nama baby tu :) comel :)

    ReplyDelete
  6. tahniah lagi sekali KM7..sedap nama baby tu :)

    ReplyDelete
  7. tahniah buat tcher suria n cikgu gha=)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.