expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 12, 2011

Tahniah! Bayi lelaki

Salam semua.Beberapa hari lepas tak sempat buat entri baru.
Sebabnya KM7 baru saja mendapat cahaya mata baru.
Alhamdulillah,isteri KM7 selamat melahirkan baby lelaki
pada 9 Disember 2011 di Kota Bharu Medical Centre (KBMC).

 Ekslusif untuk pembaca blog ini saja,KM7 paparkan beberapa keping foto.
(dalam facebook pun KM7 tak upload gambar-gambar ni!)

Ini adalah baby sejurus dilahirkan,
Masih dalam bilik bersalin.
Baby lelaki seberat 3.0 kg ni selamat dilahirkan pada jam 8.21 pagi.
KM7 berpeluang menyaksikan sendiri kelahiran bayi ni.
(Ini pengalaman ketiga,Dua anak sebelum ni pun KM7 masuk ke dalam bilik bersalin)
Kesian melihat isteri yang menanggung kesakitan melahirkan bayi.
Terima kasih kepada isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan bayi ni.

Yang ni masa dalam bilik.
Luas juga bilik ni.Sesuai untuk kaum keluarga datang melawat.

Sebahagian daripada kaum keluarga yang datang
untuk melihat kehadiran orang baru dalam keluarga kami.

Kakaknya ni pun tak sabar-sabar nak pegang adik barunya.
Asyik minta untuk meriba adik ajer.

 Alhamdulillah...sihat semuanya

Nyenyak tidur tu....
KM7 mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak KBMC
yang telah memberikan perkhidmatan  dan layanan yang baik
semasa kami berada di sana.
Terima kasih juga kepada semua yang telah memberi ucapan tahniah
dalam facebook KM7.

17 comments:

  1. Tahniah En.KM... Moga dimurahkan rezeki lagi selepas ini.... :)

    ReplyDelete
  2. tahniah uncle KM7, dapat baby BOY. Hihi.. Semoga dia akan menjadi anak yang soleh dan menyenangkan hati uncle KM7 serta isteri.

    ReplyDelete
  3. Tahniah en KM!! wahh... nie deno rasa nak adik jugak nie... deno takde adik la... boring...

    ReplyDelete
  4. Tahniah utk KM7 dan family..semoga bertambah2 rezeki di tahun baru ini..nampak besar baby ni..comel!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum cikgu...
    wah..tahniah la kepada cikgu sebab dapat baby boy yg sihat..
    alhamdulillah..

    kirim salam dekat teacher suria deh..^^

    ReplyDelete
  6. Tahniah - semakin ceria dengan kehadiran ahli baru

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... tahniah kmJ...

    ReplyDelete
  8. comelnya comelnya!!! tahniah. semoga mnjadi bapa yg soleh :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah KM7 ---ini yang aku teringin nak baby lagi..huhuhuu.
    Tgk muka baby kiut sangat...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.