Tuesday, January 17, 2012

Pergi buat selamanya

 15 Januari 2012 (Ahad) jam 8.45 malam, ayah KM7 
telah menghembuskan nafas yang terakhir.
Kematiannya dalam usia 74 tahun,hanyalah sakit tua.
Tak pernah masuk hospital.
Cuma beberapa kali ke klinik apabila sakit-sakit urat.
Cuma akhir-akhir ni sering mengadu lelah dan tak boleh berjalan jauh.

 Jenazah dibawa ke tanah perkuburan 
pada 16 Januari jam 9.45 pagi.

 Liang lahad..tempat persemadian terakhir di dunia ini.

 Selamat tinggal semua di dunia ini...

 Solat jenazah,selain dilakukan di rumah, 
juga dilakukan di tanah perkuburan.

Al Fatihah buat ayahanda KM7,
Allahyarham Haji Abdullah bin Mat Yusoff.

13 comments:

Hisyam Muhibah said...

Takziah.. insyaAllah doa anak yang soleh akan terus berkekalan..

pertama kali tengok orang solat jenazah di tanah kubur

ChiLaBaey's Spot said...

Takziah KM... Moga rohnye diletakkan di kalangan orang2 yang beriman... Sedih saya mendengarnye... Al-Fathihah...

shameel Iskandar said...

Takziah sahabatku KM7.
Saya doakan agar Allahyarham ayah sahabat dirahmati Allah selalu. Banyak2 bersabar di atas dugaan yang menimpa.

sonata anak kancil said...

Takziah - semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah.

miss butane said...

takziah buat cikgu skluarga.

keri ikhwan said...

AL-Fatihah. semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman

Hanif Bloglist Blog said...

Takziah buat KM7,
syukur alahamdulilah pemergiannya amat mudah...

KM7 said...

terima kasih kpd semua yg merakamkan ucapan takziah di sini.

ArulchelseA said...

takziah dari sy..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Khairil said...

Salam takziah utk cikgu dan keluarga...semoag Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Al_Fatihah...

dyabunga said...

al-fatihah..semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

whitecappuccino said...

Salam takziah..al fatihah buat arwah semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya..maaf terlewat, agak lama tak singgah..ni baru tau.

nizam said...

salam takziah dari kami sekeluarga, semoga rohnya dicucuri rahmat.