expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 24, 2012

047: Rumah sedang dipasang mosaic

Sekarang ni kerja-kerja pemasangan mosaic sedang giat dijalankan,biarpun dalam entri sebelum ini KM7 sudah khabarkan tentang kecurian mosaic di rumah yang sedang dalam pembinaan ini.Nampak tak mosaic kat atas tu?...biasa-biasa saja kan...Pada mulanya kami bercadang nak pasang mosaic 2 kaki pada semua ruang,tapi....
mendengar pelbagai masalah yang timbul dengan pemasangan mosaic ukuran tersebut menyebabkan kami menukarnya dengan mosaic berukuran 18 inci jer.


Inilah jenama White Horse yang digunakan.Buatan Malaysia ni.Sajalah nak bagi sokongan kepada kempen belilah barangan buatan Malaysia ni kan!Harganya pun kira mampu beli lah....

 Amacam dengan warna mosaic tu?Cantik ker tak cantik ker...yang penting dah dipasang.Hehe...

Ruangan ni pun dipasang mosaic dengan ton warna senada.Malas nak pilih banyak ton warna atau corak...bimbang nampak macam show room pulak!

Mosaic ni pun nampak berkilat juga tau!Dah siap nanti kena selalu bersihkan,agar sentiasa nampak berkilat.Oklah...cukup setakat ini dulu...jumpa lagi.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.