expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 11, 2012

Kalau dah kreatif...macam-macam boleh jadi


Sungguh tekun dan kreatif orang yang menghasilkan gubahan bunga seperti dalam gambar di atas.Kenapa saya berkata sedemikian?Yer la,bunga bukan sebarang bunga tu...Jambangan bunga tersebut dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti tempurung kelapa.Bukan senang nak buat tu,memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi.Anda boleh lakukannya?


Tentu bolehkan...kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Ini pun satu kreativiti juga dalam penghasilan kraftangan.Bahan seperti beg plastik juga boleh dikitar semula menjadi gubahan bunga yang cantik.Masalah beg plastik yang banyak terbuang tak menjadi masalah bagi mereka yang kreatif.Ada-ada saja perkara yang boleh dilakukan untuk menggunakan semula dengan cara yang praktikal.



Kenderaan apa pula ni?Mungkin sejenis beca...Boleh diletakkan di mana-mana sudut 
sebagai perhiasan.Jangan bagi anak naik sudahlah yer..hehe..



Ini bukan kitar semula tau!Tapi gubahan sayur-sayuran.
Anda berani jadikannya sebagai hantaran perkahwinan?
Mengapa tidak...Asalkan nampak cantik dan boleh dimakan...
Ok...anda kreatif.anda positif...fikir-fikirkan!


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.