expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 16, 2012

Ramai juga sukakan burung marah ni!

Burung-burung marah?Yer...atau lebih popular dengan angry birds begitu popular sekarang.Boleh dikatakan banyak juga barang yang menggunakan jenama angry birds ni.Antaranya pakaian,alat tulis,barang cenderahati,dan sebagainya.Pendek kata semuanya nak menggunakan nama angry birds.Persoalannya mengapa?


 Masyarakat sekarang gemar menggunakan sesuatu yang terkini atau mengikut trend.Justeru, apa saja yang benda baru...mesti mendapat perhatian.Siri kartun mahupun games komputer sering dijadikan produk kegunaan harian semata-mata untuk menarik perhatian kanak-kanak.Penghasilan jenama produk berasaskan siri kartun dan games komputer ni akan menguatkan lagi tarikan kanak-kanak terhadap siri games di komputer mahupun siri kartun di kaca televisyen.


Sememangnya perkara ni saling berkait untuk menarik perhatian pengguna.Sebagai pengguna pula,hal ini memberi pilihan buat mereka untuk membeli produk baru yang dikatakan mengikut trend terkini.Kalau sedikit masa dahulu kita disajikan dengan barangan berjenama Ben 10,Tom & Jerry,Upin & Ipin dan banyak lagi.Tak mustahil tak lama lagi akan keluar jenama lain pula.


Tengoklah selipar angry birds milik anak saya ni.Memang nampak cantik untuk menarik perhatian kanak-kanak.Bukan setakat selipar,banyak alat tulis sekolahnya juga menggunakan jenama angry birds.T-shirt juga nak jenama angry birds.Nasib baik barang-barang ni tak mahal sangat.....kat pasar malam pun ada.hehe...


 Anak lelaki pun nak selipar angry birds juga!
Dahlah kotak pensil,pemadam,pembaris,pensil angry birds...



Saya rasa..bagi mereka yang suka mengumpul barangan berjenama siri kartun TV mahupun games komputer ni..terdapat banyak pilihan untuk menambah koleksi.Koleksi anda hari ini mungkin berguna pada masa hadapan.Teruskan mengumpul hobi anda....

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.