Wednesday, December 26, 2012

Rumah kami dah banjir


Hujan terus mencurah turun pagi ni.Maka banyaklah air bertakung depan rumah .Tengoklah anak saya tu,bangun tidur terus main air depan rumah.Setakat ni air hujan yang bertakung tu tak sampai lagi ke tangga rumah.


Ini pula gambar padang sekolah kat depan rumah kami sudah dipenuhi air.Budak-budak seronoklah main air kat sini.Gambar ni  diambil awal pagi,kalau tengahari atau petang ramailah budak-budak berpesta air kat padang tu.Tapi anak saya takde lah main air kat situ.



Keadaan di hadapan pintu pagar rumah kami.Sedikit jer lagi air nak masuk tu.hehe..Kalau air dalam padang sekolah tu terus melimpah,tak mustahil akan masuk juga ke dalam pagar rumah kami ni.

Pandangan dari pintu pagar ke dalam kawasan rumah

Rumah kami macam kat sebuah pulau jer.Jangan bimbang...air kat depan tu cetek jer.Boleh diharungi dengan berjalan kaki jer.Tapi kalau guna kereta...bimbang juga takut masuk air dalam enjin.hehe..Senang cerita,kalau air penuh depan rumah...maka kami pun tak keluar ler...tidur makan jer kat rumah ni.Cuma tengah fikir camana yer kalau banjir  tak berakhir apabila sesi sekolah dibuka?

13 comments:

amranaiman said...

kat mana umahnye ni.. huhu sebaik x masuk air dlm umah..

Fyna Ahmad said...

nasib baik air tak masuk rumah.

Kak Mahh said...

Sekolah Menengah ke tu?

jaakechik said...

mujur la banjir kat luar jer. kalo x mesti haruuuu...heeee

krole said...

syukur tak berapa teruk krole tngok...aku doakan moga anda sekeluarga selamat dan dijauhkan dari masalah2 banjir ni insyallah~

whitecappuccino said...

oooo..laluan ditutup untuk kenderaan ..hehe

Azie Azman said...

rumah KM7 ni tinggi. even dari pintu pagar tu pun dah tinggi dari jalan kan.
nasib baik jugak la kan. kalau tak mesti air dah masuk. take care KM7 and family :)

KM7 said...

depan rumah saya tu sekolah rendah.kalau kaji sejarah..kws rmh saya tu takde lah dinaiki air.cuma air hujan bertakung jer.itupun tak byk...terima kasih kpd semua yg prihatin.

etuza said...

sedih dan turut merasa simpati, banyakkan sabar ya

etuza said...

tadi tengok berita...banjir besar melanda..simpati tengok..banyakkan sabar semua yng hadap[i masalah ini...

trah zain said...

bestnye banjir.. teringat time kecik2 dulu (kecik la sgt)..hoho

jeri said...

banjir.. teringat ko kampung... huhu

Dzul Fareast said...

Salam..... boleh tau apa warna luaran rumah tuan.....? Tq....