Friday, March 8, 2013

Saya memang tak bertuah


Sebut pasal cabutan bertuah....saya memang tak bertuah.Jarang sangat nombor yang dicabut tu mengena.Sedangkan nombor sebelum dan selepasnya tu habis dicabut.huhu..Kejadian ni berlaku lagi hari ni masa mesyuarat agung PIBG sekolah anak,lebih 40 hamper disediakan sebagai cabutan bertuah..memang nombor saya tak naik.hehe..

Walaupun takde lah berharap sangat akan dapat hamper tu,tapi apabila nombor kita ni tak naik-naik..rasa memang tak bertuah..senang cerita lain kali tak payah ambil pun nombor tu...confirm hadiah tu bukan milik kita.

Mungkin ada hikmahnya...hamper tu bukan rezeki kita,tapi untuk orang lain.Seronok juga tengok ibu bapa yang sanggup tunggu hingga ke akhir 'rancangan' kot-kot nombor mereka naik.Apapun itu juga satu bentuk tarikan supaya ibu bapa mengambil bahagian dalam mesyuarat agung PIBG.

5 comments:

whitecappuccino said...

samalaa mcm sya...

AhsFantasy DuaPuluhEmpat said...

Kita serupa :D

krole said...

huhuhu same bro...krole pon tak pnah lagi menang2 cabutan bertuah ni..hihihi...mngkn ada lebih layak tuk hamper tu kan...rezeki dorank~

adzairdawati makdara said...

mungkin akan bertuah di event yg akan datang.. siapa tahu.. In Sya Allah :)

eita said...

sama lah...klau masuk apa2 yang melibat kan no..memang tak pernah nak kena