expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 18, 2013

Main buaian di bawah pokok


Buai laju-laju..... Seronoknya dapat main buaian bersama kawan-kawan.Best lagi buaian tu terletak di bawah pokok besar di tepi rumah.Sekarang ni kat rumah jarang ada pokok besar, maka payahlah nak gantungkan buaian.Melainkan kat kampung rumah datuk nenek adalah pokok untuk digantung buaian ni.Biasa pokok yang menjadi mangsa gantungan buaian ni ialah rambutan,mempelam dan rambai.

Apa susahnya....buaian sekarang kan banyak yang sedia dinaiki tanpa digantung.hehe...Tapi kan... buaian dulu-dulu lagi best.Kepada anak-anak kecil,berhati-hatilah apabila menaiki buaian.Bimbang terjatuh.Budak-budak sekarang ni tak lasak macam kita dulu-dulu.

Gambar kat atas tu,anak perempuan saya bersama sepupu-sepupunya kat rumah nenek mereka.Acara wajib kalau balik ke rumah nenek...mesti berbuaian.Nantilah apabila pokok kat rumah sendiri besar,kita pasang buaian juga.hehe..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.