Tuesday, July 16, 2013

Bunga-bunga sedang berkembang


Cepat sungguh berbunga pokok bunga ni,tak sempat hari raya lagi.Begitulah jadinya kalau beli pokok bunga yang dah hampir masa berbunganya.Tak apalah berbunga bulan puasa pun cantik juga.Sejuk mata memandang,hilang rasa lapar.hehe..

Apakah gerangan nama pokok bunga ni?Lupa nak tanya masa membelinya minggu lepas.Harga RM 8 jer untuk 3 pokok berlainan warna dalam satu pasu.Kira murahlah juga.Harga tak menjadi soal lagi apabila melihat pokok ni berbunga cantik.

Tujuan saya beli pokok ni adalah untuk membiakkannya.hehe...Harap-harap lepas ni bolehlah diambil benih untuk disemai.Nanti bolehlah ditanam sekitar kawasan rumah.Nanti berseri sikit sekitar rumah dengan bunga-bunga berkembang pelbagai warna.

1 comment:

sukiman said...

wah cantinya, saya juga suka berkebun KM7