expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 27, 2013

Buah betik sulung dah masak


Masih ingatkah dengan entri pokok betik kat depan rumah saya ni? [KLIK SINI]. Sekarang buah-buah betik tu dah mula masak.Eh seronoknya tengok buah yang kekuningan tu. Tak sabar-sabar nak petik dan merasanya.
Jadi, sebelum ditebuk oleh burung, eloklah saya memetik buah yang dah masak tu.inilah hasilnya buah betik sulung........


Sedapkan! Rasanya memang manis.Tak payah tambah gula, jadi tak perlu risau dengan kenaikan harga gula.hehe...Manis buah lagi original. Tengoklah bijinya yang tak banyak tu. Saiz buah betik ni kecil jer, separuh daripada saiz bola sepak. Jadi tak mustahil, sebiji betik ni dapat saya habiskan seorang jer.

Kalau ada yang bercadang nak tanam pokok betik, eloklah. Buah betik ni banyak khasiatnya yer!

5 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.