expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 29, 2013

Paper bag Ujang yang comel


Lama betul saya tak membaca majalah Ujang ni. Masa belajar dulu selalu juga beli majalah lawak Ujang. Kalau tak beli pun, pinjam dengan kawan-kawan. Saya suka lawak santai tapi penuh pengajaran tersirat. Entri kali ini saya nak tunjukkan paper bag Ujang. Macam dalam gambar tu!


Kisahnya bermula apabila saya ke pesta buku di Kota Bharu. Ternampak paper bag Ujang yang kreatif tu. Berkenan pula nak dapatkannya. Alahai senang pula nak memilikinya. Saya cuma perlu beli 2 buah majalah Ujang dengan harga RM 5 sahaja. Beli majalah dapat paper bag.Majalah tu bukan yang lama sangat pun, semua tahun ni. Ada keluaran September 2013 jer. Tak kisahlah kan....sebab saya pun dah lama tak beli.

Kira dua dalam satu lah ni...nak paper bag, dapat majalah Ujang untuk dibaca. Kononnya nakkan hadiah, kena beli barang.hehe...Paper bag tu sebelah warna lain manakala sebelah lagi warna lain. Saya pilih purple dan oren. Kalau tak silap, ada 3 pilihan kesemuanya.Ok...masa untuk membaca majalah Ujang.Jumpa lagi di lain entri.

7 comments:

  1. comeyyyy!!! jaa pun lama dah x beli buku ujang @ APO? dulu sokmo jer beli...

    ReplyDelete
  2. Cntik..da lama x baca,lbih 10 thn rasanya

    ReplyDelete
  3. nampaknya ramai juga yg dah tak mengikuti perkembangan majalah ni...peredaran masa agaknya.

    ReplyDelete
  4. Dulu2 pun KA suka baca mjlh ujang ni

    ReplyDelete
  5. saya pun dah lam atak baca majalah Ujang ni. cuma baru-baru ni saya ada beli majalah gila-gila jea.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.