expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 20, 2013

Mencari payung


Hujan sudah mulai turun di Kelantan sejak semalam. Kalau dilihat pada keadaannya, macam dah tiba musim tengkujuh. Maka kalau nak berjalan ke mana-mana kenalah bawa payung yer.Kalau tidak, boleh basah kuyup.

Masing-masing mengeluarkan stok payung yang sedia ada. Macam-macam jenis saiz, warna dan corak. Masa ni lah nak tayang payung kan. Sambil-sambil melihat kawasan banjir, boleh juga tayang payung. Rasanya kaum lelaki tak gemar sangat guna payung kecuali dah terpaksa. Guna pun tengok warna dan corak. Tak sesuailah lelaki bawa payung corak bunga atau  berwarna pink. Ker ada yang sanggup?

Satu lagi yang saya perasan sekarang ni banyak payung yang ada jenama atau penaja. Kira macam satu cara promosilah juga kan.Sesiapa yang bawa payung ada cop syarikat atau agensi yang grand tu kira berbanggalah yer.Saya cadangkan kepada blogger semua, jom kita buat payung yang ada cop blog kita sendiri.Hehe...sambil berpayung, boleh promosi blog.

6 comments:

  1. hahaha...cik akak malu nak letak gambar blog cik akak kat payung..tak pasal2 orang tengok hihi...

    datang klik nuffnang :)
    klik semua

    ReplyDelete
  2. sy payung sentiasa ada dalam beg hehe btw nice idea :)

    ReplyDelete
  3. kalau malu pakai sendiri...bagi jer kat org lain.Barang free mesti ramai suka.hehe

    ReplyDelete
  4. xmampu nak chop payung
    biasa pakai yg sponsor jer.. hehe

    ReplyDelete
  5. klu ada org nak sponser blh gak..haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.