expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 13, 2014

Segalanya pasal kangkung


Buka facebook hari ni semua cerita pasal kangkung...Terkejut  juga tengok macam-macam menu dan resepi kangkung, sehingga makanan segera pun dikaitkan dengan kangkung..Macam-macam jenis ayat pasal kangkung. pendek kata...segala-galanya pasal kangkung.Apa hal pula ni tiba-tiba meledak dengan cerita kangkung, silap-silap haribulan makcik yang jual kangkung kat pasar pun boleh popular.
Cari punya cari...terjumpalah laporan Sinar Harian ni....jom baca....

Trending FB: Apa cerita kangkung?
SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar  yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.


Ohhhh patutlah...itu ceritanya...hmmm nampaknya harga kangkung dah turun, bolehlah pakat beli kangkung yer.hehe...Tapi saya tak suka makan kangkung ni....Tak merasalah kesan penurunan harga kangkung tu. Takpelah...mungkin ada orang lain yang suka makan kangkung. apapun...bersyukurlah...

3 comments:

  1. hahahah betul :D
    harap nasi goreng kampung turun lah harga jugak hahaha sbb byk kangkung dlm tu eheheh

    ReplyDelete
  2. Harga kangkung turun, ada kesan tak terhadap ekonomi negara? Hahahaha. Oh my PM!!

    ReplyDelete
  3. hahahaha saya taktau apa2. lawak pulak rasanya haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.