expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 10, 2014

Sandwich ala UNISZA


Dah bosan tengok bentuk sandwich yang biasa? Apa kata anda cuba jer sandwich macam dalam gambar kat atas tu. Anak-anak tentu suka tengok bentuk macam kucing tu...jadi pastinya mereka takkan lepaskan peluang untuk merasa sendiri sandwich yang cantik tu. Siapa buat ni?



Sandwich dalam gambar ni telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan gubahan sandwich di UNISZA, Terengganu. Tahniah Izzatie (yang tengah pegang sandwich ni dalam gambar kat bawah) kerana berjaya memikat hati juri dengan gubahan anda. Macam-macam bentuk sandwich dibentuk oleh pelajar UNISZA ni. Jom tengok...



Jeng...jeng...jeng...inilah hadiahnya!
Cukuplah bekalan selama seminggu.hehe...


Pertandingan ini adalah sempena Sport & Culture Unisza with you. Menariknya, setiap penyertaan dikenakan yuran. Duit yuran tu pula didermakan ke rumah anak yatim sekitar UNISZA. Kiranya macam kerja amal lah juga ni kan...baguslah... dapat membantu mereka yang memerlukan.




Tahniah kepada penganjur, tahniah juga kepada peserta yang mengambil bahagian.

4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.