expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 8, 2014

Panorama Aidiladha di Kelantan


Sibuk benar rasanya apabila dah seminggu blog tak di update. Hari ini semasa entri ini ditulis, masih lagi dalam mood raya Aidiladha. Biarpun dah masuk hari raya ketiga dan sudah memulakan kerja, masih ada sesetengah tempat yang terus menjalankan ibadah korban dan jamuan makan. Raya tahun ni meriahlah juga. Kami mengambil dua bahagian untuk aqiqah anak ketiga, Sadiq. Jom saksikan sebahagian foto yang sempat dirakam.



Selepas selesai menunaikan solat hari raya Aidiladha, kami ke tempat peneymbelihan lembu yang letaknya tak jauh dari rumah. Ramai juga yang datang, sebab kat sini saja 3 ekor lembu dikorbankan pada pagi raya.



Haaaa bayar dulu yer...Jangan lupa niat qurban atau aqiqah yer.



Tengok dari jauh jer lembu disembelih




Sekejap jer dah 2 ekor lembu ditumbangkan




Proses melapah dan membahagikan daging




Wanita juga boleh menolong 




Siap....daging dah boleh dibawa pulang sama ada untuk dimasak ataupun dibahagikan kepada mereka yang layak. Semoga hari raya kali ini membawa pengertian buat kita semua. Panjang umur, jumpa lagi pada hari raya tahun depan. Selamat hari raya Aidiladha.

7 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.