expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 13, 2014

Rumah lama penuh nostalgia


Foto rumah Melayu di kampung ini telah menarik perhatian saya ketika berkunjung ke satu daerah di Kelantan. Foto ini juga saya kongsikan dalam instagram saya semalam. Apa yang menariknya tentang rumah ini? Saya tertarik dengan reka bentuk yang simple dan nampak asli tanpa sebarang cat pada dinding rumah, atau mungkinkah catnya sudah luntur? Halamannya juga tidak berserabut dengan sebarang pokok hiasan. Ada penghuni ker rumah ini?

Rumah ini masih berpenghuni, sebab semasa saya mengambil gambar, tuannya baru saja keluar ke rumah jiran. Saya percaya, rumah sebegini sesuai untuk penggambaran filem atau drama Melayu, berkonsepkan kampung. Untuk tatapan generasi baru, inilah antara rekabentuk rumah Melayu dulu-dulu. Sewajarnya ia dikekalkan.

Sebut pasal kampung, satu lagi foto yang saya rakam dan kongsikan dalam instagram saya ialah foto pemandangan sawah padi dan tali air. Nampak tenang dan mendamaikan. Bagi penghuni kota, foto ini mungkin dapat menggamit memori anda terhadap kampung halaman.


Kepada pengunjung blog ini, sudilah kiranya mengunjungi instagram saya [KLIK SINI] untuk melihat foto-foto yang saya rakam sendiri. Diharap foto-foto tersebut memberi inspirasi buat anda yang ingin mengerti.

2 comments:

  1. Sesuai sangat dijadikan penggambaran drama melayu kan..

    ReplyDelete
  2. bagus gambar ni...

    patut disimpan buat rujukan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.