expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 5, 2015

Terapi mata dengan Bunga


Jom buat terapi mata pagi ni....tengok bunga-bunga pelbagai warna. Bukan bunga plastik yer, tapi bunga sebenar..segar dari ladang hehe. Bunga-bungaan dari halaman rumah kami yang sedang berkembang segar. Kalau hari cuti macam ni sempat jugalah pergi tengok bunga-bunga ni. Kalau hari bekerja, tak perasan pun ada bunga sedang berkembang..haha..teruk betul!



Tengok bunga memang senang, tapi nak jaga pokok-pokok ni perlukan sedikit kerajinan lah yer. Kalau tak cukup air, baja dan pencahayaan, sekali berbunga terus berhenti. Silap haribulan pokok tu boleh mati terus. Sebab tu kena cari pokok jenis yang tahan lasak dan penjagaan yang minima. Nak tengok pokok-pokok bunga berbunga cantik kenalah sentiasa jaga dan belai macam yang dibuat di nursery tu. Saya cakap jer...sebab sendiri pun tak buat.hehe.. 



Kalau ada banyak pokok bunga di halaman, kumbang dan rama-rama pun banyak. Macam ni boleh menambahkan seri taman. Cantikkan tengok rama-rama berterbangan di taman. Tak perlu pergi taman rama-rama. Kat rumah sendiri pun rama-rama datang. 

Sungguh indah ciptaan Tuhan. Lihat sajalah kelopak bunga yang sedang berkembang. Ada yang tahan beberapa hari. Ada juga yang cuma beberapa jam saja, esok kelopak lain pula berkembang. Begitulah hidup ini tiada yang kekal. Apa tu orang kata...patah tumbuh hilang berganti...Biarpun kelopak baru tu tidak sama dengan yang lama, tapi serinya tetap ada!


3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.