Sunday, January 10, 2016

Beli Ikan Laga untuk Hiasan


Tiba-tiba saja minat nak beli ikan laga ni. Haha...sebelum ni kalau ke pasar tani selalu jer tengok budak-budak beli ikan laga. Kita hanya tengok dari jauh. Macam tak minatlah kononnya! Tapi hari ni ketika jalan-jalan kat RTC Tunjung Kota Bharu, puan isteri dan anak-anak teruja pula nak bela ikan ni. Hmmm macam-macam warna dan harga. Ada yang berharga RM3, RM5 dan RM8 seekor. Bergantung kepada kecantikannya kot!



Akhirnya kami beli 5 ekor ikan laga bersaiz besar dan 5 ekor lagi anak ikan laga. Alamak...banyaklah pula. Tengoklah tu...dah siap susun. Oh ya, balang kaca tu pula beli kat kedai hiasan rumah. Juga beli batu-batu hiasan dan cengkerang siput. Masa beli ikan-ikan tu tadi ada juga dijual bekasnya tapi kami tak beli sebab nakkan balang kaca. Jangan tak tahu, harga balang kaca tu lebih mahal daripada harga ikan..Haha..



Gambar hijau kecil tu masa kat kedai ikan laga tadi. Banyak betul, boleh rambang mata dibuatnya. Rupanya ramai juga yang minat membela ikan laga sekarang. Bukan untuk dilagakan tapi untuk hiasan dalam rumah atau di mana sahaja. Kalau kena cara hiasannya, nampak cantik juga. Kami letak hiasan balang ala kadar jer. Janji anak-anak suka. Eh... mereka siap bagi nama lagi setiap ikan masing-masing. Tengoklah nanti berapa lama ikan-ikan ni boleh bertahan. hehe..


3 comments:

Aqilah Azmi said...

wooooooo cantik1!!!!

Sop Nama Saya said...

masa kecik2 dulu tangkap sendiri jer
hahaha

Diya Hanun said...

susah nak jaga ikan ni, dulu ada..tapi skjp dah mati..huhu