expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 31, 2016

Sehati Sejiwa Mengisi Kemerdekaan


Salam Kemerdekaan, Sehati Sejiwa sempena sambutan hari kebangsaan bagi tahun 2016. Sedar atau tidak, sudah 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Satu jangkamasa yang saya kira tidaklah terlalu lama berbanding dengan tempoh masa negara kita dijajah dahulu. Ayuh generasi muda, kuatkan semangat, sematkan tekad bahawa andalah pewaris dan penentu hala tuju negara. Sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan di semua sekolah diharapkan dapat membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan semua warga sekolah, khasnya pelajar. Bersama-sama kita kenangkan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara dan jerit-perih nenek moyang kita dahulu berhadapan dengan bangsa penjajah. 

Wednesday, August 24, 2016

Kerusi Urut OGAWA untuk Melegakan Belakang dan Leher


Rasa lenguh-lenguh badan? Sekarang ada kerusi urut yang boleh memberi urutan belakang, bahu dan leher pada satu masa. Ciptaan terbaharu OGAWA ini telah menarik perhatian saya untuk membelinya. Cara penggunaannya pun senang, selain mudah alih untuk diletakkan di mana-mana sahaja untuk keselesaan pengguna. Mobile Seat NE ini didatangkan dengan beberapa fungsi urutan, seolah-olah belakang sedang diurut oleh tukang urut. Paling saya suka, fungsi urutan pada bahagian leher. Terasa kelegaan dan kesegaran badan setelah membuat beberapa sesi urutan.

Saturday, August 20, 2016

Zoo Mini di rumah Kediaman


Berkunjung ke rumah seorang rakan sekerja baru-baru ini telah memberi satu gambaran tentang hobi memelihara binatang ternakan. Berada di kawasan kediamannya seolah-olah berada di sebuah zoo mini. Pelbagai spesis burung, ayam, itik, serati, angsa, kambing hinggalah kepada monyet. Wah! meriah betul. Inilah yang dikatakan minat atau hobi memelihara binatang. Meluangkan masa bersama binatang ternakan seolah-olah satu terapi, boleh melupakan sejenak permasalahan kerja. Nampak mudah tapi hobi ini memerlukan komitmen yang tinggi khususnya dalam aspek penjagaan makanan, minuman dan kesihatan binatang ternakan. Bukan semua orang boleh melakukannya. Kalau ada minat sekadar hangat-hangat tahi ayam, baik fikirkan semula hobi ini. Jom tengok beberapa koleksi foto yang sempat saya rakam.

Wednesday, August 17, 2016

Pasar Sampul Raya


Setiap orang memiliki hobi tersendiri. Hobi mengumpul Sampul Duit Raya (SDR) semakin berkembang dan diminati. Saya sendiri pun sudah mula meminati hobi mengumpul SDR ini. Bagi penggemar SDR, salah satu group popular yang menjadi tumpuan ialah Public Group dalam facebook dengan nama Pasar Sampul Raya. Di sini terdapat aktiviti jual beli SDR. Aktiviti secara atas talian ini memang seronok. Kita boleh memilih SDR yang dikehendaki, kemudian membuat pembayaran secara atas talian dengan transfer sejumlah harga yang dipersetujui ke akaun penjual. Mereka akan poskan SDR tersebut sama ada menggunakan pos berdaftar mahupun pos biasa. Sebagai contoh, gambar-gambar berikut saya ambil daripada group tersebut.

Tuesday, August 9, 2016

Damai Menyegarkan di Cameron Valley Tea


Lokasi ini wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Cameron Highlands. Cameron Valley Tea House, membolehkan setiap pengunjung menikmati kehijauan ladang teh sambil menghirup teh segar dari ladang. Kita juga bukan sahaja  dapat melihat pokok teh dengan lebih dekat, malah dapat merasai sendiri keseronokan berjalan-jalan di ladang teh yang terkenal di Malaysia ini. Sesuai juga membawa anak-anak ke sini untuk menimba  pengalaman berguna di ladang teh.

Sunday, August 7, 2016

Iska Coffee & Cakes House, Kubang Kerian


Inginkan tempat makan yang ada kelainan? Jom saya tunjukkan satu lagi Coffe House, iaitu Iska Coffee House atau juga dikenali sebagai Iska Cakes House. Apa yang lainnya? Hiasan dalamannya yang berkonsepkan Vespa telah menarik minat saya untuk singgah di sini. Lokasinya senang saja, di Kubang Kerian, bersebelahan dengan istana negeri. Ada banyak western food, di samping kek yang sedap-sedap. Harga pun berpatutan. Pastinya setiap pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk merakam gambar dalam coffee house ini.