expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 28, 2020

Kisah Graduan Jepun Memilih untuk Menjual Akok di Kampung telah Membuka Minda Netizen




Belajar tinggi-tinggi sampai "oversea" tapi pulang ke kampung, menjual akok. 

Ramai yang tertanya-tanya apakah sebab pemuda berusia 25 tahun dari Kelantan ini memilih untuk menjual akok berbanding melanjutkan karier dalam bidang "engineering". 


Desakan ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat memberi kesan kepada masyarakat kampung. Kehilangan punca pendapatan dan kehilangan kerja menjadi masalah utama rakyat di negara yang dilanda krisis ini. 

Melalui platform perniagaan Akok Pok Long, pemuda ini dapat membantu orang kampung menjana pendapatan dengan membuat kerja-kerja pembuatan kuih akok, kuih yang sangat popular di Kelantan khususnya setiap kali bulan puasa. Hari ini, akok boleh didapati bila-bila masa saja.



Selain itu, pemuda ini dapat membantu pembekal-pembekal tempatan dengan membeli bahan mentah seperti telur, santan, gandum, dan sebagainya dengan kadar yang lebih banyak dan konsisten bagi memenuhi permintaan akok di pasaran. Secara tidak langsung, kitaran wang tunai akan meningkat dan sedikit sebanyak menstabilkan ekonomi kawasan setempat. 



Tambahan pula, pemuda ini ingin mengubah perspektif negatif masyarakat terhadap konsep kedai kuih tradisional yang digambarkan dengan kedai yang usang,  buruk, dan rekabentuk yang lama kepada perspektif yang lebih positif. Oleh itu, pemuda jurusan rekabentuk kejuruteraan ini membuat kaji selidik mengenai rekabentuk yang lebih moden dan kemas dengan membuat rujukan rekabentuk kedai-kedai di negara yang lebih maju. 

Konsep rekabentuk kedai yang dibawa oleh AKOK POK LONG adalah berkonsepkan kayu "pine" dan besi. Gabungan corak kayu "pine" yang disapu dengan syelek dan besi berwarna hitam menjadikan kedai kelihatan moden dan kemas. Diserikan pula dengan papan tanda kedai yang mengikuti "style" semasa menjadikan kedai AKOK POK LONG unik dan disukai ramai. 



Konklusinya,  pemuda ini bercita-cita membantu lebih ramai penduduk kampung dan menaikkan lagi martabat kuih tradisional khususnya akok ke peringkat yang lebih tinggi. 

Memetik kata-kata semangat daripada pemuda ini, "Kalau bukan kita anak muda, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?" dapat memberi inspirasi kepada anak muda dan netizen di luar sana untuk lebih proaktif menggunakan peluang yang ada di depan mata untuk membantu orang sekeliling.  

Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi kepada generasi muda. Sebarang pertanyaan AKOK POK LONG : 014-8797947

#kitajagakita
#akokpoklong



6 comments:

Syaz Rahim said...

Kerja halal, sepatutnya dia berbangga :)

Warisan Petani said...

Rezeki berniaga 9/10

Cik Nor said...

bagus kerja sendiri..:)

KM7 said...

Betul.

KM7 said...

Alhamdulillah.

KM7 said...

Boleh jadi bos.