expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 13, 2010

Jemputan berbuka puasa

(foto:Google)
Dalam menjalani ibadah puasa,
salah satu nikmatnya ialah sewaktu berbuka puasa
mana tidaknya...juadah berbuka penuh meja
pelbagai jenis kuih
pelbagai jenis minuman

sebagai seorang yang beriman
eloklah kita berbuka sekadar keperluan
bukannya untuk memenuhi kehendak nafsu
yang tidak pernah puas

bagi yang berkemampuan,
rebutlah peluang untuk mendapat
pahala apabila menjamu makan
untuk berbuka puasa
tapi ingat...perlu disertakan keikhlasan
bukannya untuk menunjuk-nunjuk
atau membanggakan diri.

Firman Allah SWT: “Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” - Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

1 comment:

  1. Selamat berpuasa!! korang dijemput follow blog movie ini .. ---> http://terbarumovie.blogspot.com/ [sambil korang follow.. korang leh download movie terbaru.. Movie Tekken & Ong Bak 3 pon dah keluar da.. ]

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.