expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 15, 2013

Makan kat luar mahal


Gambar hiasan jer tu...tapi entri ni pasal makan lagi..Yer lah hari-hari kena makan. Tukang masak pun boleh habis idea kalau menu tu hari-hari kena tukar.Berbalik kepada  cerita asal, saya rasa harga makanan siap kat kedai makan sekarang ni dah naik la...

Mungkin saya yang lama tak makan kat luar kot.Hehe...bajet makan kat rumah ker? tak juga lah...Biasa juga beli bungkus...Tapi tadi saya ke bandar Kota Bharu....seorang jer...macam orang bujang,makan kat satu kedai makan..Ingat nak ambil gambar,tapi malu pula sebab ramai pelanggan masa tu tengah makan.

Saya cuma ambil lauk ikan percik, nasi kosong dan milo ais..harganya RM7.00. Haaa...tu baru makan seorang...kalau saya satu keluarga makan lauk yang sama...jawabnya RM 35.00 sekali makan. Sebab tu kalau ahli keluarga ramai, baik masak dan makan kat rumah jer lah kan...jimat sikit.

Tak salah tuan kedai juga..sebab ikan sekarang pun mahal harganya...hmmm...kena terima hakikat. Satu perkara nak puji,tuan kedai makan ker pekerjanya...saya tak pasti..semasa saya sedang makan dia perasan saya tak ambil kuah ikan percik tu, maka dia siap hantar ke meja lagi.huhu..terharunya..

8 comments:

  1. Harga gula dah naik kenn.. Haha. Yeaps, masak memang lbh jimat. Tukang masak pula kena rajin mengadap internet cari resipi baru ;) Gituu

    ReplyDelete
  2. Laut bergelora kut... sebab itu harga ikan mahal.

    ReplyDelete
  3. Omg mahal nyaaa padahal nasi kosong je pon adoi hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Memang mahal. Saya makan hari tu nasi goreng ayam dengan kopi o ais. RM10.50. Hhahahaha...Gilakan harga. Gaji pula naik RM00000000. Banyak betul kosongnya. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  5. memang semakin mahal... saya setuju

    ReplyDelete
  6. sekali sekala tak per....tapi kalau ramai lebih baik masak sendiri...puas hati....

    ReplyDelete
  7. keluarga kami jarang makan kat luar. nasib baik mak masak sodaaap hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.