Tuesday, November 29, 2016

Wajah Ceria Selesai Menduduki SPM 2016


Kegembiraan dan keceriaan jelas tergambar pada wajah setiap calon SPM 2016 yang telah selesai menduduki kertas terakhir bagi SPM tahun ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pengorbanan, usaha dan penat lelah hampir 2 tahun persediaan menghadapi SPM akhirnya tiba pada noktahnya. Saya sempat berkongsi kegembiraan berakhirnya peperiksaan SPM bersama calon SPM 2016 ini melalui paparan foto-foto berikut. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya....

Monday, November 28, 2016

2 Beradik Merindui Ibunya


Sejak dilahirkan 3 bulan yang lepas, kami tidak kenal pun siapa bapa kami. Apapun, kami cukup bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat penyayang. Sentiasa membelai, menjaga dan menyusukan kami seadanya. Sejak berpindah tuan dan rumah sebulan yang lepas, ibu turut dibawa bersama. Nasib kami memang baik kerana tidak dipisahkan. Tapi hari ini, segalanya berubah, ibu telah pergi buat selamanya...

Thursday, November 24, 2016

Trend Menu Jamuan Akhir Tahun Sekolah Sekarang



Masa saya jadi budak sekolah tahun 80an dan 90an dulu, kalau jamuan akhir tahun mesti ada mee atau bihun goreng. Ditambah dengan agar-agar kosong warna merah, hijau dan kuning. Air pula, sirap atau oren sahaja. Tapi budak-budak sekolah sekarang, jamuan akhir tahun mereka siap dengan kek, pizza, sate dan chicken chop. Air pula pelbagai perisa bersama puding dan cocktail. Hmmm berbeza sungguh. Apapun terima kasih kepada kelas 4 IR 2016 yang menjemput saya ke jamuan akhir tahun kelas mereka. Semua menu yang disediakan itu sedap belaka! Tahniah kepada semua yang berjaya mengadakan jamuan ini. 

Wednesday, November 23, 2016

Selamat Bersara Tuan PKP SMKAM


Selamat bersara buat Tuan PKP SMKAM, Tn Hj Ibrahim b Draman. Majlis Sulaman Kasih Sanjungan Budi yang berlangsung hari ini biarpun sederhana tetapi meriah. Hampir 5 tahun di SMKAM, banyak jasa dan sumbangan PKP terhadap sekolah ini. Semoga tuan PKP sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Sebagai titipan kenangan sepanjang majlis, saya selitkan gambar-gambar koleksi peribadi yang sempat dirakam tadi.

Tuesday, November 22, 2016

Jamuan Kelas 4 Perakaunan 2016


Sesi persekolahan 2016 sudah hampir ke penghujungnya. Maka banyaklah jamuan diadakan sebagai jamuan akhir tahun kelas. Hari ini saya sempat menghadiri jamuan akhir tahun bagi tingkatan 4 Perakaunan. Terima kasih atas jemputan! Banyak menu yang disediakan seperti nasi ayam, pizza, kek dan sebagainya, tak perlu rasanya saya catat semuanya di sini. Haha... Jom tengok gambar kenangan..

Monday, November 7, 2016

Debaran SPM 2016 baru bermula


Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Penuh debaran dan persoalan menduduki peperiksaan SPM pada hari pertama. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga apa yang telah diusahakan hampir dua tahun ini akan membuahkan hasil yang diharap-harapkan. Segala penat lelah usaha semua pihak tidak kira siang dan malam diterjemahkan dalam dewan Al Ghazali yang menjadi saksi kejayaan cemerlang anak-anak SMKAM saban tahun.

Friday, November 4, 2016

Kota Bharu Street Art


Satu lagi tarikan di bandar kota Bharu yang tidak wajar dilepaskan peluang oleh pelancong luar Kelantan ialah Kota Bharu Street Art. Mungkin ada dalam kalangan warga Kelantan sendiri yang belum menjejakkan kaki ke sini. Saya sendiri pun baru hari ini berkesempatan melihat hasil seni yang kreatif dan penuh makna tersirat ini. Lokasi Kota Bharu Street Art ini ialah di Medan Ilmu, berhampiran bulatan besar di bandar Kota Bharu.