Friday, December 13, 2013

Cenderahati apabila melancong


Cuti sekolah ni ramai yang mengambil kesempatan melancong bersama keluarga. Tentu seronok melawat tempat-tempat menarik sekitar tanah air mahupun luar negara. Tahun ni kami tak ke mana-mana pun. Menghabiskan cuti di rumah dengan aktiviti yang tak berapa menarik.hehe.. Bagi yang melancong tu jangan lupa beli cenderahati yer...

Gambar kat atas dan bawah ni adalah baju-baju yang kami beli masa melancong ke Brastagi dan sekitar Medan, Indonesia 2 tahun lepas. Rupa-rupanya baju tu tersimpan lama...tak perasan pula selepas disimpan...terus tersimpan...Baru tadi terjumpa dan dibuka pembungkusnya.hehe..teruk betul. Nasib baik baju tu muat lagi dipakai, maklumlah badan  masih slim..hehe..

Jadi terubat juga dengan baju dari Indonesia tu walaupun tahun ni tak melancong...lepas ni bolehlah dipakai baju-baju tu..Anda kalau melancong suka beli apa yer?



5 comments:

eita said...

kalu gi melancong shopping lah paling best..

tapi ita kalu melancong paling suka ambik gambo....

ikhwan yusuff said...

hihih..boleh baju pun dah okay kan..:D

budi os 19 said...

Kapan giliran saya ya..bisa melancong ke malasia
Dan membeli cinderahati di sana :)

Sukma Haron said...

dah lama tak melancong...suka beli keychain dan t-shirt di tempat pelancongan.......

Siara Elina said...

kalau ada bajet lebih, saya selalu beli baju/keychain.. tapi biasanya saya ambik gambar pemandangan banyak2 sebagai kenangan. hihi