expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 27, 2013

Beginikah mentaliti orang kita?


Baru saja siap..dahpun rosak.Inilah sikap segelintir orang kita yang tak berapa tahu nak menjaga kemudahan awam yang disediakan.Tak kiralah kemudahan tersebut disediakan oleh pihak kerajaan,swasta mahupun orang persendirian.

Gambar di atas dirakam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan.Tempat rehat yang saya agak bukan sedikit kosnya itu dahpun rosak ukiran bumbungnya.Takkan angin yang kuat bertiup kat pantai tu telah menjatuhkan ukiran-ukiran kayu tersebut.Kalau betul disebabkan oleh angin,sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan ukiran kayu tersebut melekat kuat pada bumbung.

Menyedihkan juga,contengan-contengan nakal ada di merata tiang tempat rehat itu.Seolah-olah tak ada tempat lain individu berkenaan menunjukkan bakat seni mereka.Keadaan ini mencacatkan pandangan.Lantai tempat duduk pun tak berapa nak bersih..dengan kesan tumpahan makanan dan minuman.Ini menyebabkan pengunjung memijak lantai tersebut dengan kasut mahupun selipar.

Itu baru satu contoh tempat rehat yang tidak dijaga atau digunakan dengan baik.Saya percaya keadaan yang sama banyak juga berlaku di tempat-tempat lain.Ayuh...sama-samalah kita menjaga kemudahan yang disediakan.Kalau bukan kita,siapa lagi? Ingat...anda mampu mengubahnya!

Buat kerja kerana minat


Betul ker?Bagi saya...setuju sangatlah.Pasal apa kan...kalau kita buat sesuatu yang kita minat,mesti seronok jer siapkan kerja tu.Tak terasapun penat.Sanggup luangkan masa,tenaga dan wang ringgit.Orang tak puji pun takpe...

Sebaliknya,kalau kena buat kerja yang kita tak minat,hmmmm.. buat gitu-gitu jer lah kan.Silap-silap haribulan tak buat langsung....Tapi kalau terpaksa buat juga,buat jerlah...mana tahu lambat laun nanti jadi minat pula.

Apapun...pupuklah minat dalam bekerja supaya kita akan  minat dengan pekerjaan yang kita lakukan.Macam-macam cara untuk memupuk minat ni...salah satunya biasakan diri dengan kerja tu...

Barang berjenama lebih berkualiti?


Gambar kat atas tu hiasan semata-mata.Entri kali ni mengajak kita berfikir tentang pembelian barangan berjenama.Menurut seorang rakan,dia lebih percaya kepada barangan berjenama atas faktor kualiti.Sebab itulah saya perhatikan kereta,pakaian,kasut dan segalanya mesti berjenama.Memang semua barang ada jenama kan...tapi berjenama di sini ialah jenama yang terkenal.

Bagi saya pendapat itu ada kebenarannya.Pengalaman sendiri pernah terkena,membeli barang berjenama 'pasar malam' tak tahan lama rosak itu dan ini...

Faktor kewangan juga mempengaruhi kita membeli barangan berjenama.Kalau duit banyak,bolehlah beli barang berjenama kan!Orang kaya mesti fikirkan jenama.Bagi yang kurang berkemampuan,asalkan dapat beli barang tu pun dikira bagus.

Tuesday, February 26, 2013

Meja guru dan jambangan bunga



Jambangan bunga dan meja guru...sesuatu yang sudah sinonim di setiap sekolah.Awal-awal tahun ni semua kelas nampak cantik dengan meja guru dialas indah,diserikan pula dengan bunga-bungaan.

Sejak dulu hingga kini bunga mesti ada di meja guru.Kenapa yer?Mungkin untuk menghilangkan stres...apabila melihat jambangan bunga tu.Agaknya apa lagi hiasan yang boleh menggantikan bunga kat meja guru tu?

Apapun tahniahlah kepada pelajar yang bertungkus-lumus menghias kelas masing-masing.Kelas cantik boleh memberikan motivasi untuk berada lama di dalamnya.Oh ya gambar kat atas tu adalah meja guru dalam kelas 5 IS 2013 SMKAM.

Monday, February 25, 2013

Kembali pada Asas bersama Hufaz


Memperkenalkan Aizat Jaafar,bekas pelajar SMKAM SPM 2002.Masa sekolah dulu dialah solo kumpulan nasyid sekolah Shoutul Haq dari tingkatan 2 hinggalah tingkatan 5.Minat mendalam dalam bidang nasyid ini diteruskan lagi di peringkat universiti.Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini  sedang berkhidmat sebagai Pengurus Acara di Nasyeed.Com.

Bakat dan minat Aizat dalam bidang nasyid yang bermula di peringkat sekolah tidak disia-siakan begitu saja.Kini beliau tampil bersama kumpulan Hufaz dengan album nasyid kontemporari.Menurut Aizat,Album "Kembali pada Asas" merupakan titik tolak dalam industri nasyid tanah air dan merupakan aset untuk terus berdakwah dalam aliran seni muzik tanah air.

Sunday, February 24, 2013

Belajar di France best!


Kalau dalam entri sebelum ini saya ada memaparkan kisah bekas pelajar yang sedang menuntut di Tokyo,Jepun [klik sini], Kali ini kita berpeluang mengenali seorang lagi bekas pelajar SMKAM yang menuntut di Perancis. "Belajar di France best!"...... Itulah ungkapan pertama daripada Ihsan bin Ziad apabila diajukan soalan tentang pembelajarannya di Perancis.Bekas pelajar SMKAM,SPM batch 2004 ini sedang melanjutkan pelajaran di Perancis peringkat Master in Mechatronics Engineering di École d'Ingénieurs en Génie des Systèmes Industriels (EIGSI La Rochelle).

Menurutnya,pengajian di sana dalam bahasa French." Saya belajar di La Rochelle, satu kawasan di sebelah barat France, betul-betul tepi laut (lautan Atlantic). Orang Islam pun ramai di sini, kebanyakannya dari Morocco"."Kalau ada sesiapa berminat dengan kursus yang saya ambil, Mechatronics ini adalah  gabungan 3 teknologi iaitu mekanikal, elektronik dan sains komputer. Antara subjek-subjek yang ada dalam kursus ini : Control System, Embedded System, Programming dan lain-lain".ujarnya lagi.Jadi kepada pelajar yang berminat dengan gajet-gajet, robot-robot, bolehlah mengambil kursus ini.

Pesanan Ihsan kepada calon-calon SPM "Belajar bersungguh-sungguh, pupuklah sifat cintakan ilmu dan hormatilah guru-guru. Sentiasa berdoa kepada Allah swt dan buatlah yang terbaik dalam SPM nanti. Jangan lupa untuk apply belajar di France! Belajar di France best!"katanya mengakhiri perbualan kami.Saya sebagai salah seorang bekas gurunya cukup bangga dengan kejayaannya dan mendoakan semoga Ihsan terus berjaya dalam bidang yang diceburi.


Sepasang stoking berharga RM 180


Itulah stoking yang berharga RM 180 sepasang.Mula-mula dengar tu macam tak percaya,tapi setelah ditunjukkan oleh rakan,barulah saya percaya.Rupa-rupanya stoking tu bukan sebarang stoking...tapi stoking ajaib...hehe..apa yang ajaibnya?

Dikhabarkan stoking ni adalah stoking berubat.Macam-macam khasiat seperti dapat melegakan atau mengurangkan penyakit kencing manis,darah tinggi,migrain dan banyak lagi.Kalau dipakai waktu tidur malam,tak perlu berselimut lagi walaupun tidur dalam bilik berhawa dingin.Badan dapat mengekalkan kepanasan.

Stoking ni jangan dibasuh dalam mesin basuh pula yer...Dry cleaning jer.Hmmm macam-macamlah produk kesihatan sekarang ni.Yang penting,ada duit semua jadi.Apapun...eloklah menjaga kesihatan sejak awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Friday, February 22, 2013

Dapat Free pun tak ambil


Rasa macam nak makan biskut kering lah pulak.Tak sangka pula kalau beli crackers tu akan dapat free butter crackers.Macam dalam gambar tu la...bukan main besar lagi ditulis FREE.Saya beli 2 bungkus lagi crackers tu dengan harapan akan dapatlah 2 bungkus butter crackers free.

Meracun rumput pula yer


Sejak jadi tukang kebun sendiri ni,banyak pula kena beli peralatan untuk pembersihan kawasan rumah.Sebelum ni saya dah beli mesin rumput,sekarang beli pam racun pula.Pam tu untuk meracun rumput yang menjalar memanjat pagar rumah.Maklumlah,persekitaran rumah yang mesra alam...rumput menghijau.

Selain pam racun,semestinya racun rumputlah yer.Saya beli jenis serbuk,dibancuh sendiri.Awas...simpan baik-baik,kan tertukar dengan gula...bahaya..hehe.Mask pun kena pakai juga masa meracun rumput.

Entri ni ditulis sebaik saja saya selesai aktiviti meracun rumput.Sebaiknya dibuat sebelah pagi kerana persekitaran kurang berangin senang nak sembur racun tu.Kesannya tengoklah sehari dua lagi,pasti rumput-rumput tu akan kering.

p/s: tepi pagar jer diracun rumput,laman rumah masih dikekalkan rumput...baru lepas mesin.

Wednesday, February 20, 2013

Arif Fahmi dari Meiji University


Hari ini saya dikunjungi bekas pelajar SMKAM,Mohamad Arif Fahmi bin Ismail yang menuntut di Jepun.Bekas pelajar SMKAM SPM 2008 ini akan menghabiskan 2 tahun  pengajian di sana,setelah mengikuti persediaan di Malaysia selama 3 tahun.

Arif Fahmi sekarang menuntut di Meiji University,Tokyo dalam bidang Electric & Electronic in Bioinformation.Menurutnya,seronok belajar di Jepun kerana pada masa yang sama boleh mengenali budaya dan masyarakat setempat.

Perkara yang penting di sana adalah bahasa Jepun,kuliah dan pertuturan seharian menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya.Kalau dah boleh menguasai bahasa Jepun maka senanglah ke mana-mana untuk berurusan.

Buat masa ni Arif Fahmi sedang bercuti di Malaysia,dan akan berangkat semula ke Tokyo akhir Mac ini.Semoga anda cemerlang dalam pelajaran dan gembira berada di negara matahari terbit.

p/s: Saya belum sampai lagi ke Jepun...hehe....

Tuesday, February 19, 2013

Ikan Siakap di PCB


Cerita pasal makan lagi.Kali ni acara makan-makan kat Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan.Sebenarnya tak rancang pun ke sini,cuma bersiar-siar kemudian perut rasa lapar...maka carilah kedai makan yang sememangnya banyak sepanjang pantai di PCB ni.Gambar kat atas tu menu utama kami kat sini...ikan siakap 3 rasa.Fulamak...sedap juga makan masa lapar..hehe


Inilah kedai pilihan kami sekeluarga.Tertarik dengan nama kedai iaitu Selera Warung Kuning PCB,maka kami pun masuklah ke dalamnya.Memang meja kerusi dan dindingnya kuning.Cuma kat luar tu ada kerusi merah tu menjejaskan imej nama kedai jer.hehe...komen pulak dah!

Monday, February 18, 2013

Saya dapat Shuttle Food Warmer


Cantik tak shuttle food warmer tu?Saya dapat percuma tau!Pemberian ini adalah daripada Panasonic Malaysia semasa saya membeli benda ni baru-baru ni.Bekas ni ada 2 warna,tapi yang saya punya tu berwarna oren.Malas pula nak ambil gambar bekas tu..hehe...Alaa.. macam dalam gambar di kotak tu jer.

Sunday, February 17, 2013

Terima kasih TNB


Terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad TNB kerana telah memasang lampu jalan kat rumah saya ni.Permohonan yang dibuat semasa Hari Bertemu Pelanggan TNB baru-baru ini,tak sampai sebulan dah dipasang lampu tu.Sekarang laman rumah saya dah cerah.Nak keluar atau balik malam pun takde lah gelap sangat.

Biarpun lampu jalan ni berbayar,tapi bayaran yang dikenakan takdelah mahal sangat.Cuma RM 10 sebulan.Kira mampu bayar la..Saya mohon satu lampu jer,padahal jalan ke rumah saya ni ada 3 tiang.Takpelah...satu lampu tu pun dah terang.

Sekali lagi terima kasih TNB,jasamu dikenang.Sekarang ni banyak kemudahan diberi.Saya juga telah mendaftar bacaan sendiri meter elektrik rumah.Kemudian buat pembayaran secara online.

Friday, February 15, 2013

Ayam Penyet...bukan cita rasa saya


Inilah restoran Ayam Penyet..dah lama ada.tapi baru kini kami  sempat ke sana.Banyak cawangan restoran ni,tapi yang kami kunjungi adalah di Mydin Kubang Kerian.Mula-mula dengar nama restoran ni rasa pelik pun ada,lucu pun ada.hehe..apalah maksud penyet tu yer.

Thursday, February 14, 2013

Sambut birthday kat laman rumah


Sambutan birthday tertangguh ni.Sebenarnya birthday Ardini dan sadiq dah lama berlalu,cuma hari ni baru berkesempatan menyambutnya.Sibuk betullah kan dengan pelbagai urusan kerja.Ardini dan Sadiq berkongsi bulan kelahiran yang sama..harinya pun selang 2 hari jer.Oppsss mereka juga berkongsi bulan kelahiran dengan isteri saya. Kek tu pilihan Ardini sendiri.Berkenan kat 2 ekor ulat tu kot.Katanya....satu untuk dia dan satu lagi untuk Sadiq.

Wednesday, February 13, 2013

Cenderahati daripada pengantin cikgu Dayah


Kalau kita ke majlis perkahwinan,biasanya adalah cenderahati daripada pengantin kan! Saya rasa tentu ada orang yang suka buat koleksi pemberian pengantin ni. Seperti dalam entri sebelum ni,kali ni juga saya nak tulis pasal kenduri kat rumah cikgu Dayah di Ajil,Terengganu.Tengok dalam gambar kat atas tu...haa tu lah cenderahati yang comel daripada cikgu Dayah kepada tetamu istimewa yang datang ke majlisnya.

Cikgu Dayah kita ni memang suka purple.Tengoklah kotak dan rama-rama tu pun warna purple.Alaaa... kira sama macam logo blog saya ni kan!hehe..Nak puji jugalah...cantik rama-rama tu.Nasib baik tak boleh terbang,kalau tidak tak larat nak kejar.

Oh ya...pasti ramai yang nak tahu apa isi kandungan kotak purple tu kan?Jom kita tengok....

Monday, February 11, 2013

Sekitar majlis perkahwinan cikgu Dayah


Selamat pengantin baru buat cikgu Dayah dan pasangannya.Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan bagi pihak perempuan telah diadakan di Felda Bukit Bading,Ajil,Terengganu pada 9 Februari 2013. Rombongan rakan-rakan guru dan staf SMKAM telah ke sana dengan menaiki bas SMKAM.Jom saksikan kemeriahan perjalanan ke sana.

Friday, February 8, 2013

Kuntuman pertama sudah berbunga


Pagi Jumaat yang ceria.Bangun pagi ni...tengok kat luar rumah,wah.....sudah berbunga pokok bunga raya yang saya tanam bulan lepas.Alhamdulillah,bunga pertama berwarna oren,kuning,merah.Masa tanam dulu tak tahu pula warna apa.

Monday, February 4, 2013

Khatam Quran dan pizza


Alhamdulillah....semalam secara rasmi Imdad berjaya khatam Muqaddam Quran,atau budak-budak ni sebut "Quran Kecik".Mengaji kat rumah jer dengan papa atau mami nya.Apa kaitan dengan pizza tu pulak yer?

Hari tu mami nya adalah tanya Imdad,kalau dah habis baca Quran Kecik tu....nak makan apa?Ingatkan dia nak makan pulut kuning ker apa..tapi dijawabnya nak makan pizza special.Special bagi dia tu mestilah banyak cheese.

Maka untuk menunaikan permintaannya,maka dibuatlah pizza tu untuk Imdad.Bukan main seronok dia dapat makan pizza tu.

Sekarang ni rajin pula dia mengaji "Quran besar".Semoga dapat khatam Quran tu sebelum habis sekolah rendah yer.

Sunday, February 3, 2013

Kerja baru saya...potong rumput


Tu dia...barang baru ni..hehe..apa ke bendanya?ala...mesin rumput jer...Saya beli pun sebab nak mesin sendiri rumput di halaman rumah.Selain memastikan rumput sentiasa pendek,dapatlah juga buat aktiviti pada waktu petang atau hujung minggu.Mesin yang dibeli ni dalam kategori sederhana harganya..cuma RM450.Kalau yang mahal ada yang berharga RM900 bagi spesis yang sama.hehe...