expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 31, 2010

Tiba-tiba........(jom mengarang)

Salam semua.
1.   KM7 ingin mengajak anda menunjukkan kreativiti mengarang...(alahai...macam buat karangan kat sekolah lah pula).Ish..takde lah macam tu..simple jer ni.

2.   Saja-sajalah kan untuk menghilang stress ber'blogwalking'  tu.

3.   Hadiah?...ini bab yang payah nak jawab.hehe...senang cerita,takde hadiah..(mesti ada yang tak mahu join tu)Tapi KM7 rasa mesti ada kalangan blogger yang nak join bukan sebab hadiah kan!!Yang nak hadiah, nanti KM7 buat contest yang lain.

4.   Sebagai penghargaan,KM7 akan memilih 3 penulis yang kreatif,dan blog mereka akan di link kan dengan blog Kembara minda 7(dalam list Coretan terkini pengembara).Pastu KM7 akan buat entry khas untuk pemenang tu.lagi,KM7 akan jadi follower anda..

5.   Syarat?takde syarat khusus...anda cuma menulis dalam ruangan komen tu jer.Tak banyak...dalam beberapa ayat saja.jangan panjang-panjang,takut tak sempat nak baca.Penting...sila guna Bahasa Melayu yang betul.Tarikh tutup...pukul 12.00 malam ini (31/10/2010).Pemenang akan diumumkan esok,Isnin pukul 5.30 petang.(1/11/2010)

Ok...tugasannya.....(macam arahan kat pelajar pula...hehe sorry...dah terbiasa...).Anda perlu menyambung cerita di bawah ini saja.....

Sekembalinya aku dari dewan kuliah pada malam itu,aku dapati lampu bilik masih menyala.Hmmm belum tidur lagi rupanya teman sebilikku ini.Setelah meletakkan beg ke meja,aku menjeling ke arah katil teman sebilikku itu.eh...ke mana pula dia ni?tak ada pun di atas katil.Biasanya kalau dia keluar,mesti dipadamkan semua lampu bilik terlebih dahulu.Hmmm tak apalah,lupalah tu.Sedang aku bersiap-siap untuk mandi,tiba-tiba..........................

Sila sambung cerita tersebut.....selamat mengarang.

Hujan:seronok kan!!

 (foto:Google)

    Hari ini Kelantan cuti sempena kemenangan Piala Malaysia 2010 malam tadi.Wah...masing-masing ada perancangan tersendiri untuk meraikannya.Tak kurang juga yang belum buat apa-apa perancangan.Maklumlah,cuti hari ni pun diketahui lewat malam tadi.KM7 rasa itu tak jadi masalah.Asalkan dapat cuti,pandai-pandailah mengisi masa cuti tersebut.

    Sejak awal pagi lagi hujan dah turun di Kelantan ni,khususnya di Kota Bharu .Sejuk pula hari ini dengan hujan yang kadang kala lebat sepanjang hari.Jadi bagi mereka yang tak ada perancangan nak ke mana-mana,haa...inilah masanya untuk melepak atau dengan kata lain,tidur jer kat rumah.Bangun tidur makan,lepas makan tidur...hehhe satu amalan yang tidak baik.Sekali-sekala lah kan!

   Esok dah masuk November,jadi biasalah kalau di pantai timur ni sudah masuk bulannya....bulan banjir.Ada orang seronok nak sambut banjir,ada orang tak suka pula.Bagi calon-calon SPM dan STPM....awas....tak lama lagi tu.Kalau banjir musim peperiksaan,akan mengganggu konsentrasi pelajar juga tu.yer la..sejuk....sejuk...

   Perkara yang perlu diingat setiap kali hujan ialah...bawalah payung.Peribahasa pun ada yang berkaitan dengan payung ni....sediakan payung sebelum hujan.Mungkin ada yang dah berkira-kira nak buka bisnes payung ni.Tengoklah payung moden ni....ada ker yang nak pakai payung ni.
*
*
*
*
*
(foto:Google)

Saturday, October 30, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010


Kelantan Menjuarai Piala Malaysia 2010 

Tahniah

kepada pasukan bola sepak Kelantan

kerana telah menjuarai Piala Malaysia edisi 2010

dengan mengalahkan Negeri Sembilan

2 -1


Tahniah 
pasukan bola sepak Kelantan

seluruh warga Kelantan berbangga

dengan kemenangan tersebut

Toys sekarang macam-macamlah.....


Tengok tu toys sekarang ni macam-macamlah.Kalau dulu hanya anak patung 
tapi sekarang siap dengan stroller nya sekali.Kreatif juga pembuatnya.
Masa pergi shopping tadi terjumpalah toy tu.
apalagi anak perempuan KM7 pun minatlah kat baby ni.
maka belilah satu.....siap ditolak stoller dan baby tu
dalam pasar raya tu time tu juga.
banyak juga mata  memandang.ah...biarlah...


Itu beg sandang Widad. apa ke nama entahlah...
kat rumah selalu dipikulnya....nak pergi school katanya.


Yang itu si 'opah' nama glamer bagi zirafah ni
selalu juga dibawa tidur


Kecil-kecil dah ajar memancing
hehe...saja beli untuk budak-budak 2 orang ni
bukannya main sangat,berebut adalah...


Macam biasalah Imdad mesti beli kereta
tunjukklah toys lain,tak mahu dia
Itu koleksi kereta yang ke berapa ratus....entahlah..


Widad dengan 'baby' barunya
mata biru lagi tu..siap boleh pejam celik lagi...
Itulah keseronokan mempunyai cahaya mata
Biarpun ibu bapa terpaksa mengeluarkan sejumlah wang
membeli toys untuk anak-anak mereka 
tetapi kegembiraan anak-anak itu yang lebih penting.
KM7 sendiri pun bukannya selalu beli toys untuk anak-anak ni
belipun yang murah-murah aje..tak mau ajar membazir beli toys.
apa-apa pun.....Sayangilah anak-anak anda 


Kelantan vs Negeri 9: Pilihan Anda?


Biarpun sehari dua ini di Kelantan hujan turun membasahi bumi
namun bahang Piala Malaysia 2010 tetap terasa panasnya.
KM7 percaya kehangatannya juga turut dirasai oleh
penyokong kedua-dua pasukan.
Masing-masing tidak sabar untuk memberi sokongan padu
kepada pasukan pilihan.
Biarpun terpaksa membayar sejumlah wang untuk mendapatka tiket,
meredah perjalanan yang jauh ke Bukit Jalil,
meninggalkan kampung halaman,
tidak kurang juga ada yang mengambil cuti, 
semuanya kerana sokongan padu 
untuk memastikan pasukan pilihan menjuarai piala Malaysia edisi 2010.
*
*
*
untuk menghangatkan lagi suasana
KM7 ingin bertanyakan blogger sekalian
pasukan mana yang menjadi pilihan anda
untuk menjuarai piala Malaysia?
Kalau ada yang lebih cekap meneka
berapa gol agaknya...
*
*
*
Semoga perlawanan antara
Kelantan dan Negeri Sembilan akan berlangsung dengan lancar
tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Kepada penyokong kedua-dua pasukan
berhati-hati di jalan raya.
selamat pergi dan selamat kembali.
Majulah sukan untuk negara.


Friday, October 29, 2010

Bola punya pasal


Bola punya pasal..... 
orang berebut-rebut dapatkan tiket
mahal sikit pun tak mengapa
janji dapat menonton perlawanan akhir ini.

Bola punya pasal
berpusu-pusu ke Bukit Jalil
hujan panas tak jadi halangan
asalkan dapat memberi sokongan

Bola punya pasal
ada hati yang terluka
tak dapat masuk ke dalam stadium
lantaran kuota sudahpun penuh

Bola punya pasal
kesesakan lalu lintas dan kibaran bendera
menjadi penyeri jalanan
seolah-olah inilah pestanya

Bola punya pasal
akan berlakukah perbalahan
dek sokongan yang keterlaluan
menjarakkan lagi silaturrahim

Bola punya pasal
boleh menyatukan warga di bawah satu bendera
melupakan seketika warna kulit dan fahaman
kemenangan lebih utama

Bola punya pasal
macam-macam boleh jadi
biarpun saiznya kecil 
tapi besar pengaruhnya.





Sukarnya menulis blog

 (foto:Google)
" Wargghh.....apa ni...tak ada idea langsung nak menulis"
Pernahkah anda menghadapi situasi begini?
Mungkin ya,bagi kita yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia blogging ini.
bagi mereka yang sudah lama dalam dunia blog,
rasanya tak ada masalah langsung
letak jer jari kat keyboard  tu...lancar jer mengarang.

(foto:Google) 
KM7 rasa,sebelum menulis sesuatu entry tu eloklah
kita fikirkan siapa yang nak baca blog kita ni....dengan kata lain siapa target group
lepas tu baru kita fikirkan pula tajuk dan kandungan blog
ini yang susahnya kan....
nak cari idea yang bernas ni bukan mudah
*
*
*
 * 

 (foto:Google)
Idea ni sesuatu yang boleh datang bila-bila masa saja
mungkin semasa kita sedang memandu,makan,belajar atau bersiar-siar
atau semasa sedang berbual-bual.
Maka mulalah kita berkira-kira nak menulis tentang hal tersebut
Pernah tak anda mendapat banyak idea dalam satu-satu masa?
baguslah tu...lebih baik buat catatan terlebih dahulu
rasanya tak ramai yang buat catatan awal ni

 (foto:Google)
KM7 pun tak pernah lagi buat catatan awal ini.
biasanya pakai tangkap muat jer.hehehe
KM7 rasalah blog-blog yang bagus tu
mesti penulisnya ada buat perancangan awal
nak tulis isu apa.
barulah blog tadi berkesan dan mendapat sambutan.
tapi kan....kalau blog tu serius sangat
rasanya tak ramai yang akan baca sampai habis.
habis tu nak tulis apa?
Itu pun satu masalah juga
nak tahu apa yang orang nak baca
*
*
*
senang cerita,KM7 nak tanya 
pembaca blog Kembara Minda 7 ni 
Apa yang anda ingin KM7 tulis dalam blog ini yer?
mungkin pendapat anda tu boleh memberi idea baru
untuk KM7 terus menulis
(maaflah macam soal selidik pula) 

(foto:Google)
Apabila semuanya sudah beres...
seronok jer kita mengarang dalam blog kan..
semasa mengarang tu,rasanya kita tidak mahu diganggu kan!
tapi bagi yang sudah berkeluarga,cabaran tu banyak
juga apabila kita berjinak-jinak nak menulis blog ini.
Yer lah..kejap-kejap suami/isteri panggil
kejap-kejap anak-anak pula kacau.
hmm...kalau diambilkira semua tu jawabnya
tak dapatlah nak update blog ni setiap hari.
macam mana lah yer mereka yang dapat
upload lebih daripada satu entry sehari ni...tak de gangguan ker.
*
*
*
apa pun kalau dah minat tu
semua masalah boleh diselesaikan.
Oklah...selamat menulis blog kepada semua blogger
elok juga berkongsi tip
untuk mendapatkan idea dan menulis blog
yang baik dan berinformasi.

Thursday, October 28, 2010

Pembelian secara Online

(foto:Google)

Kemajuan dalam bidang sains teknologi banyak membantu manusia dalam kehidupan mereka.Semua perkara menjadi mudah dan pantas.Kali ini KM7 ingin mengutarakan satu isu iaitu pembelian secara online.Rata-rata dalam kalangan generasi muda sudah faham dan biasa dengan pembelian secara online ini.Seronok kan...dengan hanya mengadap skrin komputer anda boleh membeli barangan yang dikehendaki tanpa perlu bersusah payah memandu,mencari barang dan terpaksa beratur untuk membayar.

Kalau dulu kita dihidangkan dengan jualan secara langsung.Penjual akan datang ke rumah,pejabat,stesen bas atau di mana saja untuk menjual produk mereka.Ada baik buruknya.Sebagai pengguna mungkin perkara itu mengganggu privasi kita.Pada zaman yang penuh kesibukan ini, kita semestinya tidak mahu masa lapang yang terbatas itu diganggu oleh jurujual  yang datang ke rumah atau tempat kerja kita.KM7  percaya ramai dalam  kalangan kita yang  sering didatangi oleh jurujual ini. Serba salah juga dibuatnya. Yer la...masa kita nak berehat, mereka sibuk pula mempromosikan barangan jualan.Lebih parah lagi kalau ada yang marah-marah  kepada kita yang tak mahu membeli produk mereka.

Sebab itulah ramai generasi muda memilih untuk membeli secara online.Selain mudah,ia juga agak privasi kerana orang lain tidak tahu apa yang kita beli...Kalau jualan langsung tu...habis satu kampung tahu.Yer la...jurujual tu pasti akan bercerita kepada orang lain sesiapa saja yang membeli produk mereka bagi membuktikan produk mereka tu laris.Tapi bagi mereka yang suka menghebahkan apa yang dibeli, eloklah beli dengan jurujual secara langsung ini..dijamin anda akan popular dalam kampung,taman perumahan malahan di pejabat.

Perkara yang tak best pembelian secara online ini ialah kita tak dapat melihat sendiri kualiti barangan yang hendak dibeli itu.Mungkin ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan menghantar barangan yang tidak berkualiti, tidak seperti yang diiklankan.Kesian....bayaran telahpun dibuat.Selain itu kita juga tidak dapat membuat banyak pilihan dari segi barangan mahupun harga.Apatah lagi kalau yang menjual secara online tu tak banyak.Tapi KM7 rasa sekarang ni dah ramai yang menjual secara online...jadi ada ler juga pilihan tu.

Memang banyak kebaikan dan keburukannya.Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada selesa dan percaya kepada konsep pembelian secara online ini ataupun tidak.Tepuk dada  tanyalah selera.Pihak berwajib juga eloklah memantau jualan secara online ini untuk memastikan pengguna tidak menjadi mangsa atau tertipu.




Wednesday, October 27, 2010

Bosan makan nasi?

 (foto:Google)
Tengok nasi lemak tu...nampak sedap jer kan?wah...laparlah pula.
ada sesiapa yang belum makan?maaflah kalau foto tu menyebabkan tiba-tiba
saja anda berasa lapar.Tak apa lepas baca n3 KM7 ni boleh kita 
cari nasi lemak ni.Kat mana ada nasi lemak yang sedap?
Oh ya...ada yang tak suka nasi lemak yer
jangan bimbang....kat Malaysia ni ada banyak pilihan nasi
*
*
*
*
*
*
tengok ni.......
nasi goreng pattaya pun ada ni

 (foto:Google) 
Tidak dinafikan nasi goreng pattaya ni pun sedap juga
lebih sedap kalau dimakan semasa perut lapar..betul tak?
hmmm sedap lagi kalau ada orang belanja kita makan kan...kan...
Tapi kan...ada juga orang yang dah bosan makan nasi
semua jenis nasi.....dah bosan
alahai kenapa tu?
Kalau sesekali tu kira normal lah kan
tapi kalau dah berbulan-bulan tak makan nasi
sebab dah bosan makan nasi....pelik juga tu.
lainlah kalau mereka ni menetap di negara yang orangnya 
tak makan nasi.
kat sini kita ada pilihan lain tau
ada mee,mee hun.kuew Tiau,spagetti
dan entah apa-apa nama lagi.
sebut jer nak yang digoreng,direbus,tomyam
dibakar?...heheh ada ker? 

  (foto:Google)

pendek kata setakat ni masih banyak lagi pilihan
untuk dimakan di negara kita ni.
Kalau di luar negara tu...dah ada yang menjadikan
makanan eksotik sebagai menu popular mereka.
makanan popular rakyat Malaysia
dulu,kini dan selamanya........
*
*
*
*
jeng...jeng....jeng...
*
*
*
ini dia......roti canai...........
pasangannya mestilah teh tarik kan! 

(foto:Google) 

 Sebut pasal roti canai ni kan 
ada kalangan orang kita ni suka makan roti canai
pada lewat malam...
rasanya tak berapa bagus juga tu....
tapi kalau dah lapar,nak buat macamana kan!
Jom lah pergi makan
tapi kat mana yer 
pastu siapa nak belanja ni?hehe
Selamat menjamu selera

"Suami i kan........"

 (foto;Google)

 U nak tau,suami i kan....

*selalu tolong i mengemas rumah
*selalu memasak untuk i dan anak-anak
*selalu menjaga anak-anak apabila i nak keluar shopping
* tak kisah i nak ke mana pun
*bla...bla....bla.....

    Biasa dengar dialog di atas?hmm....biasalah kan kalau wanita bertemu wanita.Ada-ada saja cerita mereka.Lelaki pun tak kurang juga,cuma topik perbualan mungkin berbeza. Apa yang akan KM7 kongsikan di sini kali ini ialah ada segelintir wanita atau lebih tepat lagi kalangan isteri yang suka menceritakan kehebatan atau kebaikan suami mereka kepada wanita lain.Lebih hebat lagi kalau ada yang menceritakannya kepada lelaki lain.Nasib baik cerita baik,kalau cerita kelemahan...aduh malang ler suaminya itu.

   Sekali dengar seolah-olah bagus juga untuk dijadikan pengajaran.Tapi kalau banyak kali dengar atau berkali-kali diceritakan,boleh bosan juga....seolah-olah suami dia saja yang terbaik di dunia ni.Bagi isteri yang suaminya tidak sebegitu,mesti rasa cemburu kan!mengapalah suami aku tak macam tu.....

   Kenapa isteri-isteri ni suka bercerita kebaikan suami mereka kepada orang lain?KM7 rasa mungkin mereka ingin mengatakan suami mereka yang terbaik...hmm baguslah tu.Tak sia-sia kahwin dengan dia kan....Keluarga mertua pun suka dapat menantu yang macam ni....Isteri...lagilah suka kalau tak payah memasak,tak payah mengemas rumah,tak payah jaga anak.Semua dilakukan oleh suami.Hai...bertuahnya badan.

   Tapi AWAS!! mereka yang mendengar cerita-cerita begitu sebenarnya ada persepsi lain.Antaranya..ishh pemalas betul isteri dia ni.Semua diserahkan kepada suami.Suami  dia ni mesti kena buli...tak pun...mesti takut kepada isteri.Tambah-tambah kalau isteri dia berjawatan tinggi atau bergaji besar.kesian...

    Secara peribadi KM7 tak bersetuju kalau suami melakukan semua kerja rumah tangga yang sepatutnya dibuat isteri.Sekali-sekala nak menolong tu,bolehlah.....Yerlah kalau memasak pun suami yang buat,buat apa kahwin...baik makan kat kedai jer.Kalau ada pembantu rumah pun...isteri sepatutnya memasak untuk suaminya.Biarpun masakan yang ringkas tapi itulah antara faktor pengikat kasih sayang.Percayalah kalau isteri menjaga makan minum suaminya,suaminya tak akan cari lain...hhehe....

   Bagi suami isteri yang bekerja memanglah digalakkan untuk saling membantu...termasuklah urusan rumah tangga.Baguslah kalau ada suami yang sukarela membantu.Tapi biarlah ikhlas...jangan kerana terpaksa.Takut ada suami yang memendam perasaan....apalah isteri aku ni....Lama-kelamaan mulalah suami ni buat hal.

   Jadi ingatlah kepada isteri-isteri..tak payahlah terlalu ghairah menceritakan kebaikan suami masing-masing kepada orang lain...kerana perkara ini seumpama mendedahkan kelemahan anda sendiri yang malas menguruskan rumah tangga.Dibimbangi juga ada perasaan riak.syaitan suka riak ni....





(foto:Google)

   Kepada isteri yang mempunyai suami yang agak liat menolong di rumah...bersabarlah.Mungkin ada hikmahnya.Mungkin suami tadi banyak membantu dalam aspek lain.Bukankah besar pahala seseorang isteri yang berkhidmat untuk suaminya?Tidak dinafikan sumbangan isteri dalam pengurusan rumah tangga sangat besar.Selain bekerja,mereka juga menguruskan rumah tangga,menguruskan anak-anak....sampai tak sempat untuk 'menguruskan' badan sendiri.hehehe....

   KM7 mohon maaf sekiranya catatan n3 kali ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.Bukan hasrat untuk mengkritik,cuma untuk berkongsi pendapat sahaja.Sekian.....

Monday, October 25, 2010

Malu bawa bekal?

 (foto:Google)

    Membawa bekal ke pejabat, tempat kerja atau ke sekolah bukanlah satu perkara baru.Masa bersekolah dulupun KM7 pernah membawa bekal ke sekolah.Tentunya anda juga ada pengalaman membawa bekal ke sekolah. Bekal yang biasa dibawa ialah nasi,mee ataupun kuih.Tak lupa juga botol air.hehe..takkan nak minum air paip pula kan.

    Sekarang ni KM7 perhatikan tidak ramai pelajar yang membawa bekal ke sekolah. Terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah menengah.Kenapa ya?Ada beberapa kemungkinan pelajar tidak membawa bekal ke sekolah.Kesibukan ibu bapa yang bekerja menyebabkan mereka tidak sempat menyediakan bekal untuk anak-anak.Ya lah kalau nak siapkan bekal,contohnya nasi goreng,mesti kena bangun awal pagi menyediakan bekal tersebut.Selain itu sikap anak-anak sendiri yang rasa malu untuk membawa bekal ke sekolah.Mereka lebih selesa membeli saja makanan di kantin.

   Pelbagai pilihan makanan di kantin juga faktornya.Bawa saja wang,pilih saja mahu beli apa.Kan senang tu?Bagi mereka yang bekerja pula lagi malas nak bawa bekal kan?Pergi saja ke kafetaria berdekatan,banyak pilihan menu untuk sarapan mahupun makan tengah hari.Kalau bawa bekal,nanti ada orang kata...hai..tengah-tengah bulan ni bawa bekal yer..bukan apa,'save' bajet la tu.

   Berbeza dengan ibu-ibu zaman dahulu suka membekalkan anak-anak mereka dengan bekal ke sekolah.Ini ada kaitannya dengan situasi ekonomi keluarga pada masa itu yang mana kebanyakan keluarga tidak mampu memberikan wang saku yang banyak kepada anak-anak,terutamanya kalau mempunyai anak-anak yang ramai pula.Tapi ingat,bekal yang diberikan oleh ibu kita tu tanda kasih sayang mereka kepada kita.Tidak mahu melihat anak-anak mereka kelaparan di sekolah.

   Kalau dilihat dari sudut kebersihan dan keselamatan makanan,KM7 rasa membawa bekal dari rumah tu satu perkara yang baik.Selain dapat menjimatkan belanja, dapat juga mengelakkan kes-kes keracunan makanan.Paling tidak pun galakkan anak-anak membawa bekal air ke sekolah.Sekarang terdapat banyak pilihan botol air yang menarik untuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah.Contohnya dalam foto di bawah ni.

*
*
*
*
*
*

  
(foto:Google)

   Bagi pelajar sekolah menengah,kebanyakan mereka suka membeli air mineral.Botol air yang pelbagai corak dan warna ini biasanya menarik minat pelajar-pelajar sekolah rendah.Bagi anda yang sudah bekerja,ada ker yang bawa bekal air ni?eloklah dibawa bekal air ni daripada menahan dahaga kan!....

   KM7 berpendapat,membawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja ni sangat baik.Tapi kalau semua orang bawa bekal, macamana pula jualan di kantin atau kafetaria?siapa yang nak beli?haa...jawab sendiri....Apapun terpulanglah kepada individu itu sendiri dari segi keselesaan dan kemampuan mereka.Bak kata pepatah tepuk dada tanyalah selera...Anda pula bagaimana?


Lelaki dan warna Pink

 (foto:Google)

Pernah pakai baju berwarna pink?

bagi perempuan,biasalah kan sejak bayi lagi 

dah pakai pakaian 

berwarna pink.Bukan setakat pakaian,

habis segala aksesorinya pun 'pink colour'

Persoalan  kali ini
*
*
*

"Salah ker kalau lelaki pun 
pakai pakaian berwarna pink?"


tengok la foto kat bawah ni

nampak smart juga kalau pakai baju pink ni

ditambah dengan tali leher yang sedondon.

*
*
 
(foto:Google)

Rasanya tak salah kan...
KM7 sendiri pun tak pernah pakai lagi ni
entahlah...buat masa ini warna pink tiada dalam koleksi peribadi.
Mungkin suatu hari nanti nak pakai juga la...heheh
amacam,ok tak kalau lelaki pakai pakaian berwarna pink ni?
bimbang juga kot2 ada yang kata
berjiwa feminin pula.hehehe...
para isteri pula macamana
suka tak kalau suami anda pakai baju berwarna  pink?



Sunday, October 24, 2010

KM7 memenangi Jom Teka 1: blog SKYPE CREW




Hari bertuah buat KM7.Nak tahu kenapa? Mari sini nak cerita....ewah bercerita pula...

Sebenarnya KM7 telah memenangi satu peraduan yang dianjurkan oleh blog Skype Crew

Kat atas tu la...header blog Skype Crew ni.Mungkin ada kalangan anda

yang pernah sampai ke blog tersebut.KM7 pun pernah juga beberapa kali ke sana.

alamatnya: skypecrews.blogspot.com 

Peraduan apa tu?Peraduan Jom Teka

*
*
Soalan yang dikemukakan beliau sangat mudah.Tapi nak jawabnya susah juga.hehe

Jom saksikan di bawah......

Nak dijadikan cerita,KM7 suka-suka jer jawab tu

tak sangka pula  jawapan tu betul.

*
*
*
*


Kat bawah ni keputusan yang telah diumumkan

oleh Skype,tengoklah...blog KM7 tu.

Best lagi siap ada ulasan tentang blog KM7 lagi tu.(KM7 tak paste kan di sini)

Oh ya...nak tahu tentang hadiahnya?

*
*
*
*
*

mengikut tuan punya blog,KM7 telah memenangi RM50...kira besar juga jumlah tu.

Apapun,terima kasih kepada Skype Crew kerana bermurah hati

memberikan hadiah itu kepada KM7.

semoga anda terus dimurahkan rezeki, 

dan bertambah lagi pengunjung ke blog SKYPE CREW.



Saturday, October 23, 2010

Kelantan temui NS di final Piala Malaysia


KUALA LUMPUR: Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertemu di final Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Tuan rumah Kelantan menewaskan Kedah 1-0 untuk mara ke final selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Alor Setar.

Negeri Sembilan pula menewaskan Johor FC 2-0 di tempat lawan untuk layak dengan agregat 2-1.

Berita Harian Online:23/10/2010 

Komen dalam Blog:Penting?

1. Seronok kan kalau setiap n3 dalam blog kita tu mempunyai komen.Lebih seronok kalau terdapat begitu banyak komen yang baik dan membina.KM7 sendiri pun selalu membaca komen-komen yang disertakan oleh setiap pembaca n3 blog KM7.Komen anda amat dihargai.

2. Persoalannya,penting ker setiap komen tu?Secara peribadi,KM7 berpendapat komen-komen tu sangat penting untuk kedua-dua pihak iaitu pemilik blog dan juga penulis komen itu sendiri.

3. Bagi pemilik blog,jumlah komen yang banyak itu memberi gambaran n3 yang dimuatkan dalam blognya mendapat respon daripada pembaca,seterusnya menunjukkan blognya popular atau mendapat perhatian ramai.Secara tidak langsung akan memberi motivasi kepadanya untuk terus berkarya dalam blog.

4. Bagi penulis komen pula,selain mengemukakan pandangan mereka terhadap n3 itu,komen-komen yang ditulis itu pasti akan dibaca oleh penulis blog dan pembaca lain yang berminat.Ini akan mempopularkan mereka dan blog mereka juga akan dikunjungi.

5. Dalam kesibukan ber'blogwalking',ramai dalam kalangan blogger tidak berkesempatan untuk meninggalkan komen.Jadi kalau ada yang sempat meninggalkan komen di blog kita,wajarlah kita memberikan penghargaan kepada mereka dengan cara berkunjung dan membalas komen di mereka juga.Kalau tak sempat juga camana yer?...Tapi kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

6. Apapun dalam dunia blogging ini macam-macam boleh berlaku.Ada orang menulis untuk meluahkan isi hati,mengemukakan pandangan,meramaikan kenalan,mengisi masa lapang, dan tak kurang juga untuk mendapat BE daripada nuffnang.Justeru komen-komen pun pelbagai.Ada yang ikhlas,ada yang nak mengambil hati pemilik blog, dan tak kurang juga untuk dikenali.

7. Walau apapun tujuan komen itu ditulis,KM7 berpendapat komen sangat penting dalam sesebuah blog.Biarpun ringkas sesuatu komen itu,tapi ia cukup membawa pengertian kepada pemilik blog.Memberi makna bahawa n3 mereka mendapat respon pembaca.Terima kasih kepada blogger yang meluangkan masa memberi komen-komen dalam blog kita.

Friday, October 22, 2010

Jom singgah Wakaf Che Yeh

Pernah datang ke Wakaf Che Yeh?
Rasanya ramai yang dah datang ke sini.
Hari ini KM7 ke pasar tani Wakaf Che Yeh

Tengoklah...banyak gerai dan pengunjung.
Pasar tani di wakaf Che Yeh ini diadakah setiap pagi Jumaat
Kalau hari lain,Wakaf Che Yeh ini lebih terkenal
dengan pasar yang dibuka 24 jam.
suasana malam di sini lebih meriah.

Jualan pada hari pasar tani kebanyakannya
kuih-muih,makanan dan barangan keperluan dapur.
Kalau nak beli pakaian,kain dan buah-buahan
datanglah sebelah malam....banyak pilihan.

Suasana di pasar tani Wakaf Che Yeh pada pagi Jumaat

Salah satu gerai yang menjual ikan kering dalam pasar awam wakaf Che Yeh.
Ok...jom ke sana......

Kunci Kereta Hilang?


A : Ada nampak kunci kereta saya tak
?

B: Tak pula,kenapa?

A: Alamak...macamana ni...saya lupa letak kat mana tadi

B: Ada kunci pendua tak?

A: Ada...kat rumah.Tapi kunci rumah tu ada dalam kereta.

B: Masalah juga tu.

A: Habis tu apa yang saya patut buat?

B: ???????


Pernah tak anda mengalami situasi di atas?
KM7 belum mengalaminya lagi
tapi ada juga terfikir kalau perkara
ini terjadi macamana yer.
Parah lagi jika kunci rumah tu ada satu jer.
takkan nak pecahkan cermin kereta kot...
Dibuatnya kunci pendua kat rumah tu
kita tak ingat letak kat mana.haru...dibuatnya.
Anda ada penyelesaiannya?

Wednesday, October 20, 2010

Rumah Idaman

(foto:Google)

Wah cantiknya...banglo siapa tu?

pastinya itu bukan banglo KM7 .

tak mampu rasanya nak buat banglo sebesar itu.

Tapi anda mungkin mampu memilikinya.

Tuesday, October 19, 2010

Terima Kasih BEN ASHAARI


Salam semua.

Cuba lihat siapa follower ke 371 blog KM7 ni.

Encik BEN ASHAARI.

Wah...bangganya KM7 sebab Encik BEN ASHAARI sudi

menjadi follower blog Kembara Minda 7 ni.

maklumlah siapalah KM7 yang baru belajar berblog ni

jika dibandingkan En. BEN ASHAARI yang sudah terkenal tu.

Apapun,hal ini menjadikan KM7 terus bersemangat

untuk terus berblog.

Sekali lagi,Terima Kasih En. BEN ASHAARI.

Guru di AS dipecat kerana bermain cinta di Facebook

CHADWIN REYNOLDS

NEW YORK - Sekurang-kurangnya tiga orang guru di sekolah tinggi awam di New York telah dipecat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini kerana mempunyai hubungan kurang sesuai dengan pelajar menerusi laman sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas guru seni di sekolah tinggi Fordham di Bronx, Chadwin Reynolds, 37, yang 'berkawan' dengan ramai pelajar perempuan.

Menurut akhbar New York Post, dia pernah menulis komen-komen berbaur seks di bawah beberapa gambar di Facebook.

Menurut satu suruhanjaya siasatan khas sekolah-sekolah di New York, Reynolds juga didakwa cuba memujuk seorang remaja agar keluar bersamanya dengan cara mendapatkan nombor telefon, menghantar bunga, gula-gula dan patung beruang.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa kesnya ditutup setelah Jabatan Pendidikan (DOE) mendapati dakwaan-dakwaan ke atasnya adalah tidak sah.

Namun, DOE mengesahkan Reynolds dipecat kerana skandal tersebut.

Seorang bekas pekerja DOE, Laurie Hirsch pula dipecat pada Mei lalu kerana menjalin hubungan dengan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun.

Dia meletakkan gambarnya bercium dengan pelajar terbabit yang menyebabkan siasatan dilakukan.

Pelajar itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks sebanyak 10 kali di pangsapuri Hirsch pada tahun lalu. Rekod menunjukkan terdapat 2,700 panggilan telefon dibuat dalam tempoh enam bulan.

Seorang guru lelaki gantian di Manhattan, Stephen D'Andrilli juga didapati 'berkawan' dengan beberapa pelajar perempuan di Akademi Essex Street dan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya.

D'Andrilli pernah menghantar mesej kepada seorang pelajarnya bahawa teman lelakinya itu tidak berhak memiliki perempuan yang secantiknya.

Sementara itu, seorang guru di sekolah tinggi La Guardia dikatakan memberi markah lebih kepada pelajar yang 'berkawan' dengannya di Facebook.

Dia bagaimanapun tidak dikenakan tindakan. - Agensi.

Kosmo Online 19/10/10

Monday, October 18, 2010

Moneyboy di Kuala Lumpur

(foto hiasan:Google)

1. En3 kali ini KM7 akan mengulas satu lagi kebejatan sosial yang berlaku dalam masyarakat di negara kita,iaitu Moneyboy.Isu ini KM7 perolehi dari majalah Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2010.Tahniah kepada penulis yang membuat liputan berani,begitu juga majalah Dewan Masyarakat.

2. Moneyboy adalah pelacur lelaki yang berumur 18 hingga awal 30an yang memberikan seks luar tabii kepada golongan lelaki homoseksual.Kebanyakannya remaja Melayu yang menuntut di IPT dan pekerja yang berpendapatan rendah.Memiliki tubuh yang sasa dan perwatakan yang menarik.Jadi awas.....kepada wanita,kalau anda jumpa lelaki yang sasa dan mempunyai imej lelaki sejati ini,selidik dulu latar belakang mereka.Manalah tahu kan...

3. Moneyboy hanya memilih pelanggan yang berpendapatan tinggi.Harga untuk mengadakan seks di luar tabii bermula daripada RM 400 hingga menjangkau ribuan ringgit untuk satu malam.wah...lumayan betul tu.Purata pendapatan moneyboy sebulan adalah sekitar RM 5000.Senangnya mereka ni mendapat duit.Ada juga moneyboy yang dibela oleh uncle atau sugar daddy ini dimasukkan RM5000 sebulan ke dalam akaunnya dan diberikan kereta Mitsubishi Lancer berharga lebih Rm 100 ribu.Meriah betul mereka ni dengan kekayaan.....

4. Moneyboy ini bergerak secara bersendirian,tidak memerlukan khidmat sindiket.Kawasan operasi yang popular sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,sekitar bangunan KWSP,Tasik Permaisuri(Cheras),Tasik Kelana Jaya,dan pusat hiburan sekitar Jalan Bukit Bintang.Kegiatan tidak bermoral ini dilakukan pada waktu malam.Jadi,awas kepada yang tidak berkenaan,janganlah berlegar-legar sekitar tempat tersebut,takut nanti kena cop sebagai golongan moneyboy pula.Kawasan lain mungkin ada juga tapi tidak sepopular kawasan tersebut.

5. Beberapa pengakuan berani moneyboy juga dipaparkan dalam majalah tersebut.Jadi kepada yang ingin mengetahui cerita sebenar tentang golongan ini,bolehlah baca dalam majalah Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2010.Kepada moneyboy,pulanglah ke pangkal jalan.Kepada masyarakat,marilah sama-sama membendung gejala sosial ini kerana belia hari ini adalah pewaris negara pada masa akan datang.


Alahai Kerbau

(foto:Google)


Kerbau sekawan boleh dikandang,
Manusia seorang tiada terkawal.



maksud:

Sukar menjaga seorang gadis
supaya nama baiknya tidak tercemar



Sunday, October 17, 2010

FELDA tawar pengurus rumah tangga ganti amah asing

KUALA TERENGGANU: Kepada mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah namun enggan mengambil pembantu rumah warga asing, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mempunyai jalan penyelesaiannya.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata FELDA bersedia untuk menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga daripada kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.

"FELDA mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.

"Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silabus berasaskan kemahiran," katanya semasa meraikan 106 bakal haji FELDA dari wilayah Terengganu di sini hari ini.

Yusof berkata, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak-anak peneroka FELDA yang berminat tanpa had umur.

"Kita yakin sambutannya menggalakkan. Ia usaha Felda untuk beri peluang pekerjaan kepada masyarakat FELDA. Jawatan ini juga dihormati, dengan gajinya yang stabil, ada uniform dan berkemahiran," katanya.

Mohd Yusof berkata, anggaran minimum untuk perkhidmatan mereka ialah adalah antara RM700 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada kemahiran Pengurus Rumah Tangga tersebut.

"Gaji mereka ini adalah murah berbanding caj untuk mengambil pembantu rumah asing beserta berbagai syarat.

"FELDA boleh janjikan yang mereka ini lebih boleh diharap, mampu dan lebih menenangkan majikan kerana majikan akan dimaklumkan tentang latar belakang mereka," katanya.

Beliau berkata, majikan juga boleh berbincang dengan Yayasan FELDA yang bertindak sebagai ejen kepada kumpulan itu mengenai syarat-syarat kerja. - BERNAMA

Berita Harian Online 17/10/10

* * * * * * * * * * * * *

KM7 rasa itu satu idea yang baik.

Selain dapat menyelesaikan isu mendapatkan pembantu rumah asing,

ia juga dapat memberi peluang pekerjaan

kepada warga tempatan, dan mengelakkan

pengaliran keluar RM kita ke negara luar.

Dengan adanya skim gaji yang menarik

termasuk penjenamaan semula pembantu rumah

kepada pengurus rumah tangga,

dengan beruniform,KM7 rasa perkara ini

dapat menarik minat golongan muda menceburi bidang ini.

Semoga usaha ini berhasil dan mendapat sokongan semua pihak.


Tanjung Chap Beach Resort

Cantik tak pokok kelapa dan pantai di atas?foto tu KM7 rakam petang tadi semasa berkunjung ke Tanjung Chap Beach Resort,yang terletak dalam daerah Bachok.Lebih kurang 10 minit dari bandar Bachok.Ini kali pertama KM7 ke resort tu.

Friday, October 15, 2010

Belanjawan 2011


Remote Control

1. Hidup zaman sekarang sangat mudah.Dahlah peralatan serba canggih,kita juga tak perlu banyak bergerak.Maklumlah semua benda dah pakai remote control.Seronok kan!

2. Kalau nak cerita kebaikan remote control ni banyaklah kan....

3. Kali ni kita tengok apa keburukannya pula.

a. menjadikan seseorang itu pemalas
sebab tak payah bergerak,hanya duduk aje....dah boleh tukar channel tv,aircond dll.

b. menggemukkan badan
ada kaitan dengan malas tadi.Yer la...asyik duduk aje...pastu makan2 pula.

c. tak boleh concentrate dengan satu2 channel
Kejap2 tukar channel TV...biasanya masa iklan.

d. kena beli bateri
kalau kerap guna,mesti bateri dalam remote control tu cepat habis.

e. bunyi bising.Kenapa?
ala...kalau remote control kereta anda dijadikan permainan oleh anak2.

f. dan lain-lain
anda mesti tahu...boleh kongsikan di sini.


4. Best juga kalau orang boleh di'remote control'kan......hehehe

Thursday, October 14, 2010

Pelatih PLKN ingkar bakal dikena hukuman khidmat masyarakat

IPOH: Pelatih yang ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) yang akan dilaksanakan tahun depan, kata Pengarah Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia, Zaimi Abdul Rali.

Beliau berkata, hukuman berkenaan akan dijalankan selepas mendapat perintah mahkamah.

"Lebih 6,733 pelatih ingkar dicatatkan sehingga tahun 2007 dan jumlah ini dijangka meningkat pada tahun akan datang.

"Bagaimanapun, hukuman dikenakan selepas ada perintah mahkamah. Antara kesalahan adalah pelatih tidak hadir ke PLKN atau hilangkan diri dari kem latihan," katanya kepada pemberita selepas taklimat Perluasan Tempat Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini hari ini.

Zaimi berkata, pesalah akan melakukan kerja khidmat masyarakat tidak lebih 240 jam dengan menjalankan pelbagai kerja biasa yang dijalankan oleh petugas PBT.

Beliau berkata, PKM adalah hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ke atas pesalah muda dalam lingkungan umur 18 hingga 21 tahun yang pertama kali melakukan kesalahan ringan daripada sudut undang-undang.

"Mengikut statistik Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), seramai 716 peserta dari Perak gagal menghadiri program dan jumlah itu menjadikan negeri itu keempat teramai dari seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Song, berkata perluasan program PKM ke PBT akan membantu dan memanfaatkan PBT meningkatkan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan.

"Kehadiran pelatih (yang dihukum) secara tidak langsung dapat membantu membersihkan kawasan, urusan landskap dan sebagainya. Selain menjalankan hukuman, mereka juga menyumbangkan bakti dan tenaga serta pelatih juga akan lebih menghargai peranan pekerja di PBT," katanya. - BERNAMA

Berita Harian Online:14/10/10

Wednesday, October 13, 2010

Berkongsi nombor PIN kad ATM?

(foto:Google)


1. KM7 percaya semua kenal kad ATM.Mustahil anda tidak memiliki sekurang-kurangnya satu kad ATM.Kebanyakan individu masa kini memiliki lebih dari satu kad ATM termasuklah kad-kad kredit,kad-kad debit, dan pelbagai nama bagi wang plastik ini.

2. Persoalannya di sini ialah patutkah kita berkongsi nombor PIN kad-kad tersebut dengan orang-orang tersayang?.Contohnya antara suami dengan isteri,ibu bapa dengan anak-anak, atau antara kekasih?

3. Memang kita tidak boleh mendedahkan nombor PIN tersebut sewenang-wenangnya. Namun sedarkah kita malang tidak berbau, atau kematian boleh berlaku bila-bila masa.Jadi segala 'kekayaan' dalam akaun bank yang kita ada itu akan ke mana pula nanti seandainya kita telah tiada lagi di dunia ini.Mungkin akan mengambil masa untuk mengeluarkannya kerana ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi.Alangkah baiknya kalau orang tersayang yang memerlukan wang itu boleh mengeluarkannya juga apabila kita sudah tiada lagi, untuk kegunaan persekolahan anak-anak dan sebagainya.

4. KM7 percaya ramai yang tidak terfikir tentang hal ini termasuklah KM7 sendiri.Tapi bersediakah kita untuk berkongsi nombor PIN ini?Barangkali boleh dipertimbangkan seandainya kita menaruh sepenuh kepercayaan kepada orang yang kita percayai itu.Banyak juga faktor yang perlu diambilkira sebelum kita berkongsi nombor PIN ini.

5. Anda pula bagaimana?